• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Repsol Bukan Lagi Penaja Honda untuk MotoGP 2025

Repsol Bukan Lagi Penaja Honda untuk MotoGP 2025

May 30, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS 30 tahun bersama, Repsol akhirnya memilih untuk berundur sebagai penaja pasukan Factory Honda Racing pada akhir musim MotoGP 2024.

Sepanjang kerjasama itu, mereka berjaya meraih 15 gelaran juara dengan 183 kemenagan dan 455 podium. Ada laporan mendakwa perpisahan itu ada sedikit kaitan dengan keputusan Marc Marquez meninggalkan pasukan Honda.

Repsol dikatakan 'menguatkuasakan' satu klausa dalam kontrak untuk mengurangkan sokongan kewangan kepada pasukan Honda Racing dan sebagai balasan, liveri Honda dilihat mendominasi badan jentera lumba pasukan tersebut untuk musim ini.

Marquez meninggalkan Honda Racing untuk menyertai ke tim Gresini Ducati dan menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan sepanjang enam perlumbaan pertama musim 2024.

Red Bull juga dikatakan meninggalkan pasukan Honda untuk mengikuti Marquez ke Gresini dan menjadi penaja persendirian pelumba itu.

Repsol dikatakan mahu menggunakan sumber mereka untuk mempromosi bahan api bukan fosil dan akan terus menyokong MotoGP sebagai pembekal bahan api lestasi yang akan dikuat kuasa menjelang musim 2027.

SUMBER: Motorsport

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Factory Honda Racing, Gresini Ducati, Marc Marquez, repsol, repsol honda racing team

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my