• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Daya Graviti Punca Insiden Pesawat Singapura Mendarat Cemas di Bangkok

Daya Graviti Punca Insiden Pesawat Singapura Mendarat Cemas di Bangkok

May 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


HASIL siasatan awal insiden gelora udara melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 didapati berpunca daripada perubahan pantas daya graviti (G-force) hingga menyebabkan penurunan altitud ketika melalui ruang udara di Myanmar.

Sebelum ini, penerbangan SQ321 yang berlepas dari London ke Singapura pada 21 Mei lalu dilaporlan mengalami gelora udara teruk hingga menyebabkan pesawat terpaksa membuat lencongan ke Bangkok, Thailand.

Berikut perincian perubahan daya G sepanjang penerbangan itu:

7.45 pagi UTC (3.45 petang Malaysia)

  • Pesawat berada pada ketinggian 37,000 kaki (ruang udara selatan Myanmar).
  • Berlaku pergolakan G antara +0.44G dan +1.57G selama 19 saat (getaran rendah) - Pesawat naik 37,362 kaki.
  • 11 saat kemudian, juruterbang menyalakan tanda tali keledar dan sistem pandu auto (autopilot) dihidupkan.
  • Berlaku penurunan G secara mendadak daripada +1.35G kepada -1.5G selama 0.6 saat, dan penumpang yang tidak memakai tali keledar akan terapung di udara.
  • Berlaku kenaikan G secara pantas daripada -1.5G kepada +1.5G selama 1 saat, dan penumpang yang terapung ke udara akan kembali jatuh.
  • Selama 21 saat, juruterbang mengawal secara manual sebelum autopilot dimatikan.

7.50 pagi UTC (3.50 petang Malaysia)

  • 24 saat kemudian, berlaku pergolakan G secara turun naik antara +0.9G dan +1.1G.
  • Pesawat kembali berada pada ketinggian 37,000 kaki selepas 18 saat menggunakan autopilot semula.
  • Juruterbang dimaklumkan kru kabin terdapat penumpang cedera.

8.10 pagi UTC (4.10 petang Malaysia)

  • Juruterbang melakukan penurunan terkawal 37,000-31,000 kaki.
  • Pesawat membuat lencongan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand.

Selepas melakukan pendaratan, penumpang cedera dikejarkan ke hospital terdekat, tetapi seorang penumpang dilaporkan meninggal dunia akibat insiden itu.

pasawat-sq321-mendarat-cemas-4
pasawat-sq321-mendarat-cemas-5
pasawat-sq321-mendarat-cemas-6
pasawat-sq321-mendarat-cemas-3
pasawat-sq321-mendarat-cemas-2
pasawat-sq321-mendarat-cemas-1

SUMBER: CNA | DailyMail

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, insiden gelora udara, Lapangan Terbang Suvarnabhumi, perubahan pantas dalam daya graviti (G), Singapore Airlines SQ321

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev