• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GAC Aion Rancang Strategi Dominasi Pasaran EV Indonesia

GAC Aion Rancang Strategi Dominasi Pasaran EV Indonesia

May 29, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SALAH satu gergasi pengeluar kenderaan elektrik (EV), GAC Aion, merancang strategi untuk mendominasi pasaran EV, sekali gus memperluaskan lagi industri automotif di seluruh Indonesia bermula tahun ini.

Pemilihan Indonesia sebagai tempat pemasaran utama GAC Aion dilihat begitu strategik di Asean selain Thailand, dan ditambah kerjasama dengan Indomobil Group yang akan meningkatkan lagi komitmen untuk bersaing bersama jenama pengeluar EV yang lain.

Timbalan Presiden Aion Indonesia, Qin Bangshu berkata;

Dalam perancangan kami, ada dua strategi akan dilaksanakan. Pertama, GAC akan cuba memasuki pasaran B2B (fleet market) kerana sudah tiba masa B2b memulakan era penggunaan EV.

"Kedua, semestinya GAC juga akan menumpukan pasaran B2C (retail market) atau perseorangan."

Menurut Bangshu, pasaran B2B akan menumpukan kepada perkhidmatan e-hailing seperti Gojek, Grab, dan teksi di Indonesia. Antara model GAC yang sesuai dalam sektor perkhidmatan tersebut ialah GAC Aion Hyper HT.

GAC Aion Y Plus pula akan menumpukan pasaran B2C kerana sesuai digunakan untuk pemanduan di kawasan bandar dengan harga mampu milik.

Dari segi lain, perancangan ini mampu direalisasikan kerana kebanyakan teksi dan e-hailing sudah bertukar kepada EV jenama GAC di Guangzhou, China.

SUMBER: Kompas.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GAC, GAC Aion, GAC rancang dominasi EV di Indonesia, Indomobil Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev