• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Operasi ETS Ikut Jadual Baharu Mula 1 Ogos 2024

Operasi ETS Ikut Jadual Baharu Mula 1 Ogos 2024

May 29, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) akan mengikut jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari bermula 1 Ogos nanti.

Pembaharuan jadual perjalanan ini dilakukan selepas mengambil kira pelaksanaan projek menaik taraf sistem dan infrastuktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) Fasa 1 sektor Rawang-KL Sentral yang sudah siap.

Faktor lain yang menyumbang kepada penjadualan baharu itu juga disebabkan kesambungan perkhidmatan ETS dengan perkhidmatan tren lain seperti Komuter Utara, Ekspres Selatan, dan Ekspres Rakyat Timuran.

Berikut laluan ETS yang berubah:

  • KL Sentral-Ipoh-KL Sentral (10 trip sehari)
  • KL Sentral-Butterworth-KL Sentral (10 trip sehari)
  • KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral (8 trip sehari)
  • Gemas-Butterworth-Gemas (2 trip sehari)
  • Gemas-Padang Besar-Gemas (2 trip sehari)

Sementara itu, penjimatan masa perjalanan juga dapat dilaksanakan bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan awam tersebut. Tempoh masa perjalanan setiap laluan adalah:

  • KL Sentral-Ipoh (2 jam)
  • KL Sentral-Butterworth (3 jam 30 minit)
  • KL Sentral-Padang Besar (4 jam 50 minit)

Pembelian tiket ETS dan KTM Intercity bagi Ogos hingga November 2024 akan dijual bermula 30 Mei ini. Semua pengguna boleh membeli secara atas talian menggunakan aplikasi KTM Mobile (KITS) atau laman web KTMB di www.ktmb.com.my.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, ETS, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Operasi ETS berubah mengikut jadual baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev