• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MyRide: Aplikasi e-Hailing Baharu Lancar di Malaysia, Tawar Alternatif Pengangkutan Harga Patut

MyRide: Aplikasi e-Hailing Baharu Lancar di Malaysia, Tawar Alternatif Pengangkutan Harga Patut

May 29, 2024 By Fikri Leave a Comment

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU lagi aplikasi e-hailing baharu, MyRide dilancarkan hari ini sebagai alternatif baharu kepada pengguna Malaysia dalam usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan selamat, dan boleh dipercayai pada harga berpatutan.

MyRide menumpukan kepada  keperluan pemandu dan penumpang secara seimbang dalam ekosistem aplikasi itu.

Menurut MyRide, pemandu dan penumpang ialah dua komponen penting dalam ekosistem e-hailing. Justeru perhatian serius diberikan kepada keperluan pemandu selain memastikan penumpang mendapat apa yang benar diperlukan dalam perjalanan.

Malah MyRide bukan sekadar menawarkan perkhidmatan pengangkutan, tetapi juga bersedia menjadi alternatif kepada monopoli industri e-hailing di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) MyRide, Azlin Othman (gambar atas kanan) berkata, setakat ini sudah lebih 1,000 individu seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sudah mendaftar sebagai pemandu sejak aplikasi berkenaan diperkenalkan pada 15 April lalu.

Kami mensasarkan menjelang hujung tahun ini, jumlah pemandu yang berdaftar bawah MyRide meningkat kepada 10,000 orang dan kami optimis mampu dicapai berdasarkan perkembangan pendaftaran semasa yang menggalakkan," katanya.

Azlin berkata, MyRide juga sudah menandatangani dokumen perjanjian kerahsiaan (NDA) dengan Touch 'n Go (TnG) untuk memudahkan proses pembayaran tambang perkhidmatan e-hailing itu.

Majlis pelancaran di Kuala Lumpur itu turut dihadiri, Pengerusi e-Hailing FM, Datuk Rahmat Mahmud (gambar atas kiri), Ketua Aktivis Gabungan e-Hailing Malaysia, Jose Rizal dan Ketua Pegawai Operasi (COO) MyRide, Adam Rizal.

Antara manfaat ditawarkan kepada pemandu adalah pembelian pelan langganan RM10 tanpa dikenakan caj komisen untuk pemanduan selama dua hari dengan keuntungan 100 peratus.

Pengguna kini boleh memuat turun aplikasi e-hailing MyRide untuk tambang berpatutan di https://myrideasia.download.

Kepada yang berminat menjadi pemandu MyRide pula boleh mendaftar menerusi pautan sama. Dengan pelancaran itu, pengguna di Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan e-hailing yang komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

ehailing-myride-lancar-1
ehailing-myride-lancar-2
ehailing-myride-lancar-3
ehailing-myride-lancar-5
ehailing-myride-lancar-6
ehailing-myride-lancar-7
ehailing-myride-lancar-4

SUMBER: SinarHarian

Related

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Aplikasi MyRide, Auto Terkini, e-Hailing, ehailing, MyRide

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev