• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Eksport Kawasaki Ninja ZX-6R, 280 Unit Sudah Dikirim ke China

Modenas Eksport Kawasaki Ninja ZX-6R, 280 Unit Sudah Dikirim ke China

May 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MODENAS semalam membuat penghantaran 112 unit supersport Kawasaki Ninja ZX6-R ke China, iaitu kiriman ketiga untuk tahun ini.

Aktiviti eksport Ninja ZX-6R ke Kawasaki Motor Shanghai (KMSH) itu bermula Mac lalu melibatkan 28 unit untuk penghantaran pertama sebelum disusuli 140 unit awal bulan ini.

Seperkara perlu kita ketahui, Malaysia ialah negara pertama Asean dan kedua dunia selepas Brazil (luar Jepun) yang menjadi hab pemasangan Ninja ZX-6R.

Majlis perlancaran penghantaran disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan di kilang Modenas di Gurun, Kedah sambil disaksikan tetamu jemputan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Komponen Ninja ZX-6R diterima dari Jepun yang menandakan spesifikasi adalah sama seperti model di Negara Matahari Terbit itu. Sasaran eksport ke China dijangka 1,000 unit dan jumlah akan bertambah bermula tahun depan.

Apabila ditanya perancangan Modenas untuk mengeksport ZX-6R ke negara Asean, Roslan berkata;

Buat masa ini, belum lagi. Ini kerana kami ada kemampuan (penghasilan unit dan kepakaran), tetapi belum ada kelulusan lagi.

"Kelulusan ini sudah tentu dari Kawasaki (Jepun) kerana mereka juga menjalankan sejumlah bisnes (termasuk pemasangan di sesebuah negara) dan mereka mahu melihat setiap negara (di mana mereka beroperasi) ada kelebihan pada produk masing-masing dan keupayaan.

"Berdasarkan itu, mereka akan tentukan negara apa yang hasilkan model apa dan harus mengeksport model apa.

"Untuk model ZX-6R, kapasiti pengeluaran di Gurun ialah 2,000 unit setahun dalam satu syif. Jumlah itu boleh dipertingkat dengan kerja lebih masa (OT) dan sekiranya tempahan diterima tinggi, kami boleh jalankan pengeluaran dua syif kerja."

Mungkin ramai belum tahu, Modenas juga sudah mengeksport beberapa model pemasangan tempatan (CKD) ke Thailand dan Timur Tengah seperti:

  • Thailand: Pulsar NS200, Pulsar NS160, Dominar D250, Pulsar RS200 dan Dominar D400.
  • Timur Tengah: Kawasaki Z250, Ninja 250, ZX-25RR, Versys-X, KX250 dan ZX-25R.
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 6
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 3
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 2
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 4
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 5
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 1
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 20
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 19
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 18
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 17
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 16
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 15
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 7
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 9
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 8
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 10
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 11
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 13
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 12
Kawasaki Ninja ZX-6R Eksport China - 14
Kawasaki Ninja ZX-6R - 7
Kawasaki Ninja ZX-6R - 8
Kawasaki Ninja ZX-6R - 11

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki Motor Shanghai (KMSH), Kawasaki Ninja ZX6-R, Modenas, roda2, Roslan Roskan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev