• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Permohonan Budi Madani RM200 untuk Kenderaan Diesel Dibuka Hari Ini

Permohonan Budi Madani RM200 untuk Kenderaan Diesel Dibuka Hari Ini

May 28, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERMOHONAN Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) kepada pemilik kenderaan diesel, termasuk petani dan pekebun kecil komoditi dibuka bermula hari ini (Selasa).

Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, mereka yang berkelayakan akan menerima Budi Madani bernilai RM200 sebulan selari pelaksanaan subsidi diesel bersasar.

Menurutnya lagi, pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak boleh membuat permohonan bagi kategori Budi Individu, manakala petani dan pekebun kecil dalam kategori Budi Agri-Komoditi.

Setiap permohonan diterima akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi mengecualikan pemilik kenderaan mewah bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi."

Berikut syarat kelayakan permohonan;

Budi Individu

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki kenderaan diesel yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Cukai jalan aktif
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 ke bawah.

Budi Agri-Komoditi

  • Berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
  • Hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

Permohonan yang diluluskan sebelum 3 Jun akan menerima bantuan pada pertengahan Jun, manakala permohonan yang lulus selepas 3 Jun akan menerima bantuan dalam tempoh dua minggu.

Budi Madani akan dikreditkan terus ke akaun bank dan penerima tanpa akaun bank boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web https://budimadani.gov.my/ yang akan dibuka sepanjang tahun.

SUMBER : SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani), Budi Agri-Komoditi, Budi Individu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), subsidi diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev