• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk Kereta Warga Asing Kuat Kuasa 1 Oktober Ini

Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk Kereta Warga Asing Kuat Kuasa 1 Oktober Ini

May 28, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PERATURAN Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing di sempadan darat Malaysia-Singapura berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Oktober ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memiliki kuasa melarang mana-mana kenderaan asing yang tiada VEP untuk memasuki Malaysia.

Penguatkuasaan VEP membolehkan pihak berkuasa mengesan kenderaan asing masuk dan keluar dari Malaysia. Malah saman yang ada perlu diselesaikan sebelum keluar dari Malaysia.

Sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan melaksanakan pendaftaran VEP ke atas pemilik kenderaan asing yang merentasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar dan Bangunan Sultan Abu Bakar di Johor.

Berdasarkan rekod semasa, terdapat sekitar 70,000 kenderaan pendaftaran Singapura berdaftar dan mengaktifkan tag VEP berbanding lebih 200,000 kenderaan yang berdaftar tetapi masih belum melengkapkan proses memasang dan mengaktifkan tag VEP masing-masing

Tindakan penguatkuasaan bakal dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP di bawah Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan kompaun atau denda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan di bawah Seksyen 119(2) Akta 333.

SUMBER: CNA

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Kementerian Pengangkutan (MOT), PERATURAN Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my