• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Ujian Semula, Semua Model Perodua, Toyota Disahkan Patuh Regulasi Kenderaan PBB

Selepas Ujian Semula, Semua Model Perodua, Toyota Disahkan Patuh Regulasi Kenderaan PBB

May 28, 2024 By Fikri Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGUJIAN semula kenderaan Perodua dan Toyota mengesahkan semua model jenama itu mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan regulasi kenderaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNECE).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook  berkata, dua jenama itu disahkan mengikuti spesifikasi ditetapkan mengikut prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) semasa.

Pihak JPJ akan meneruskan pemantauan tegas ke atas kedua-dua pengeluar dan pihak Daihatsu Motor Corporation (DMC) supaya memastikan mereka melaksanakan tindakan penambahan yang ditetapkan.

"Antara penambahbaikan itu adalah kemas kini tatacara laporan ujian dalaman dan pelaksanaan pematuhan pembuatan secara berkala kepada pihak berkuasa, iaitu JPJ secara berkala.

Terdahulu, berlaku insiden ketidakaturan prosedur ujian keselamatan kenderaan DMC Japan yang menyebabkan Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan ujian semula dijalankan ke atas dua jenama berkenaan dengan DMC Japan membabitkan enam pematuhan regulasi UNECE.

Skop UNECE bertujuan menguji semula kereta berkenaan melibatkan door latches, door retention component, pedestrian protection, seats anchorage, seat-head restraints, brake system dan frontal impact dan side impact.

Antara model Perodua terlibat ialah:

  • Axia (generasi pertama)
  • Axia (generasi kedua)
  • Alza (generasi kedua)
  • Aruz
  • Ativa
  • Bezza
  • Myvi

Model Toyota pula:

  • Rush
  • Vios
  • Veloz

Sebanyak 1.7 juta unit kenderaan daripada pengeluar didapati terlibat dalam isu berkenaan di pasaran Malaysia. Sesi ujian semula itu dilaksanakan sepenuhnya pasukan Technical Services (TS) yang diiktiraf regulasi kenderaan (WP29) menerusi rangka kerja kelulusan jenis kenderaan UNECE Type Approval pada Mac lalu.

SUMBER: SinarHarian

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), MoT, Perodua, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev