• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 174 Kabel Pengecas EV Dicuri di UK di 27 Stesen Buat Pengendali Pening Kepala

174 Kabel Pengecas EV Dicuri di UK di 27 Stesen Buat Pengendali Pening Kepala

May 27, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA November tahun lalu, pengendali pengecas pantas terbesar di Britain, Instavolt melaporkan 174 kabel dicuri di 27 stesen di Yorkshire dan Midlands dengan setiap kabel berharga £1,000 (RM5,100).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Instavolt, Delvin Lane berkata, kecurian itu sangat mengecewakan pelanggan ketika revolusi kenderaan elektrik (EV) sedang berjalan dengan lebih sejuta EV kini berada atas jalan raya Britain.

Misi kami adalah menjadikan pengecasan EV mudah dan kepercayaan menjadi nilai teras kami," katanya.

Menurutnya, pencuri melakukan jenayah itu sepanjang siang dan malam, termasuk kembali ke stesen sama, serta kadangkala seawal lapan jam selepas kerja baik pulih dibuat.

Malah, kabel itu bukan hanya bar tembaga pepejal, tetapi dawai nipis yang mengambil masa lama untuk diekstrak. Ini memberi tanggapan salah yang tembaga membawa keuntungan.

Bagi memerangi kecurian tersebut, Instavolt memasang kamera CCTV di setiap tapak dan mengendalikan rondaan berkala, termasuk menggunakan penyelesaian keselamatan Smartwater untuk menanda kabel dan menggunakan peranti pengesan pintar.

SUMBER: Autocar

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Britain, Instavolt, Pengecas EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my