• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia EV3 2024 Guna Inovasi Teknologi EV9, Jadi SUV Kompak EV Paling Canggih!

Kia EV3 2024 Guna Inovasi Teknologi EV9, Jadi SUV Kompak EV Paling Canggih!

May 27, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KIA memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik terbaharu, Kia EV3 yang bakal dilancarkan Julai ini di Korea Selatan, diikuti penggal kedua tahun sama untuk pasaran Eropah.

Model ini menggunakan inovasi teknologi daripada EV9 dengan menjanjikan pengalaman penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang lebih berprestasi tinggi dalam segmen SUV kompak elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kia, Ho Sung Song berkata;

Dengan menyediakan rekabentuk canggih, trenkuasa elektrik terkemuka dalam industri, dan penyelesaian gaya hidup praktikal dan inovatif, EV3 bertujuan memperluas pengalaman SUV elektrik Kia yang luar biasa kepada khalayak lebih luas serta menangani kebimbangan umum mengenai EV.

"Ini akan meyakinkan pengguna yang mungkin teragak-agak untuk beralih kepada mobiliti elektrik dan akan mengetuai penggunaan EV secara besar-besaran.”

Apa Menarik Tentang Kia EV3?

  • Datang dalam dua varian: Standard dan Long Range.
  • Menggunakan trenkuasa elektrik Platform Modular Global Elektrik (E-GMP) pacuan roda depan (FWD).
  • Menggunakan bateri generasi ke-4 dengan menawarkan bateri 58.3kWj (Standard) dan bateri 81.4kWj (Long Range).
  • Kedua-dua varian menggunakan motor elektrik 150kW (201hp), dan tork 283Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 7.5 saat, manakala kelajuan maksimum 170kmj.
  • Mampu dipandu sejauh 600km mengikut ujian  Kitaran Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Pengecasan 10-80 peratus mengambil masa 31 minit.

Luaran

  • Dimensi panjang 4,300mm, lebar 1,850mm, dan tinggi 1,560mm, manakala jarak roda 2,680mm.
  • Ada sembilan pilihan warna, dengan dua warna eksklusif: Aventurine Green dan Terracotta.
  • Mengekalkan falsafah rekabentuk 'Opposites United' yang menggabungkan nilai alam semula jadi dan teknologi moden.
  • Mengekalkan rekabentuk ikonik 'Tiger Face' menerusi susunan lampu siang (DRL) vertikal, dinamakan 'Star Map Signature Light'.
  • Bahagian belakang menggabungkan garisan trim hitam tebal, garis bumbung, lampu belakang geometri, dan frem bonet untuk penampilan lebih futuristik.

Dalaman

  • Paparan skrin multimedia 30 inci, yang memuatkan unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci, paparan skrin AVN (navigasi video audio) 12.3 inci, dan panel penyaman udara 5 inci.
  • Dilengkapi Platform Kandungan Automotif (ACP), permainan arked, Kia Connect Store, dan bantuan kepintara buatan (AI) Kia’s AI Assistant.
  • Menggunakan sistem audio premium Harman Kardon EV3.
  • Kerusi, pelapik kepala, tempat letak tangan, hiasan, karpet lantai dan pelapik but daripada Polyethylene terephthalate (PET).
  • Ada empat pilihan warna dalaman: Subtle Grey (kelabu), Warm Grey (kelabu), Blue (biru), dan Onyx Black (hitam).

Ciri Keselamatan

SUV ini turut dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:

  • Kawalan Pemvektoran Tork Dinamik Elektrik (eDTVC)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCAA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Parkir Undur (RPCAA)
  • i-Pedal 3.0
  • Bantuan kuasa dua hala untuk mengecas atau menjana kuasa lain, Vehicle-to-Load (V2L)
  • Kunci digital Digital Key 2.0
  • Bantuan Parkir Pintar Kawalan Jauh (RSPA)
  • Papan dongak (HUD) 12 inci
EV3_Base_02
EV3_Base_03
EV3_Base_04
EV3_Base_05
EV3_GTL_02
EV3_GTL_04
EV3_GTL_INT_03
EV3_GTL_INT_02
EV3_GTL_INT_01
EV3_Base_INT_04
EV3_Base_INT_03
EV3_Base_INT_02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, CEO Kia Ho Sung Song, kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik, Kia EV3, Roda4, SUV EV, SUV Kompak Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev