CFMOTO Malaysia melancarkan 450NK ke pasaran tempatan sebagai naked bike ketiga dalam siri NK jenama itu yang akan mengisi jurang antara varian 250NK dan 800NK.
CFMOTO 450NK dilancarkan bersama cruiser CLC 450 dan siri adventure touring 450MT dan MT-X di pameran Malaysia Autoshow 2024. Berikut perincian model itu:
HARGA
- Harga RM25,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
WARNA
- Ada dua pilihan warna: Nebula White (kelabu) dan Zephyr Blue (biru).
SPESIFIKASI
- Enjin 4-lejang dwi-silinder 449.5cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI), berkuasa 49.6hp @ 9,500rpm, dan tork 39Nm @ 7,600rpm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan dengan klac sliper.
- Fork terbalik (USD) 37mm di depan, dan monoshock (belakang) boleh laras prabeban.
- Sistem brek cakera tunggal 320mm (depan) dan cakera tunggal 220mm (belakang) dengan kaliper J Juan.
- Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
- Rim aloi 17 inci dengan tayar CST Adreno HS AS5 110/70 (depan) dan tayar 150/60 (belakang).
- Dimensi panjang 2,000mm, lebar 810mm, dan tinggi 1,130mm, manakala jarak roda 1,370mm.
- Jarak tinggi bumi 155mm.
- Berat kasar 173kg.
- Kapasiti tangki petrol 14 liter.
Leave a Reply