• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tarantula, Rentaka Jadi Tumpuan Pengunjung di Malaysia Autoshow 2024

Tarantula, Rentaka Jadi Tumpuan Pengunjung di Malaysia Autoshow 2024

May 24, 2024 By Shawkath Leave a Comment

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MILDEF International Technologies (Mildef) membawa dua kenderaan perisai buatan anak tempatan ke Malaysia Autoshow 2024 untuk membolehkan pengunjung melihatnya secara dekat.

Dua kenderaan itu berperisai ialah HMAV Tarantula dan kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) Rentaka yang ditempatkan di bawah Dewan D (lot parkir) di MAEPS, Serdang di Selangor.

Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang melihat Tarantula dan Rentaka secara dekat dan mengajukan pelbagai soalan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kenderaan berperisai itu.

Berdasarkan maklumat, ini adalah kali pertama Mildef menyertai acara tersebut di MAEPS selepas menerima jemputan daripada penganjur Malaysia Autoshow 2024 iaitu Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii).

Pengarah Urusan Mildef, Datuk Seri Mohd. Nizam Kasa berkata:

Kenderaan Tarantula yang dipamerkan adalah varian awal manakala yang terkini telah dibuat pengubahsuaian mengikut spesifikasi dan keperluan Tentera Darat.

“Tarantula dikendalikan tiga kru yang boleh membawa penumpang atau anggota tentera dengan laluan keluar masuk melalui pintu sisi dan belakang kenderaan."

Mengulas lanjut, beliau menyatakan Tarantula sudah melalui pelbagai ujian daripada kumpulan uji nilai Tentera Darat dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Berhubung HMLTV Rentaka, Mohd. Nizam menjelaskan kenderaan itu memiliki saiz yang kecil sedikit dengan tahap perlindungan agak ringan jika dibandingkan Tarantula. Rentaka juga sudah melepasi ujian mobiliti, ujian tembakan dan ujian tahap perlindungan.

mildef
mildef - 5
mildef - 3
mildef - 1

Related

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Mohd. Nizam Kasa, HMAV Tarantula, HMLTV Rentaka, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride), Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii), Mildef International Technologies (Mildef), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev