• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Pamer Trak Konsep Class 8 Hydrogen, Boleh Pandu Lebih 640km!

Honda Pamer Trak Konsep Class 8 Hydrogen, Boleh Pandu Lebih 640km!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN kenderaan elektrik (EV) dikuasakan bateri, beberapa pengeluar turut menumpukan kepada kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) hidrogen.

Tidak dinafikan cabaran FCEV ialah stesen pengisian hidrogen, tetapi itu bukan penghalang kerana stesen pengisian boleh ditetapkan dari satu destinasi ke satu destinasi.

Kaedah tersebut boleh digunakan syarikat pengangkutan kerana lokasi penghantaran sudah ditetapkan terlebih dahulu atau menjadi rutin.

Contohnya, PL Ekspres berulang-alik dari Kampung Rantau Panjang, Selangor ke Rantau Panjang, Kelantan lima kali seminggu, dan beberapa syarikat lain juga sama.

Berdasarkan rutin tersebut, pihak penyedia hidrogen, swasta atau Kerajaan boleh membina stesen pengisian di lokasi yang difikirkan perlu.

Mengenai kenderaan, pengeluar seperti Honda sudahpun membangunkan model FCEV, misalnya kepala trak Class 8 Hydrogen Fuel Cell Truck Concept yang ditayangkan di acara Ekspo Pengangkutan Bersih Termaju (ACT) di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pameran itu adalah permulaan kepada projek demonstrasi dengan sasaran mengeluarkan produk janaan sel bahan api bagi pasaran Amerika Utara.

Honda tidak asing dengan FCEV kerana baru saja memperkenalkan Honda CR-V e:FCEV yang menggabungkan teknologi hibrid plug-in (PHEV) dan sel bahan api (FC) hidrogen.

Pengguna boleh menggunakan kuasa elektrik dari grid dan juga hidrogen. Jika mahu bergerak jauh, hidrogen digunakan, manakala perjalanan jarak dekat atau dalam bandar boleh menggunakan kuasa elektrik.

Mengenai trak konsep Class 8, Honda kini mencari rakan kerjasama yang selari langkah meluaskan perniagaan hidrogen ke arah neutral karbon menjelang 2050.

Trak itu dikuasakan tiga sistem sel bahan api Honda yang dikeluarkan di kilang Fuel Cell System Manufacturing (FCSM) di Michigan yang juga pusat pengeluaran usahasama dengan General Motors (GM).

Dibangunkan secara bersama antara Honda dan GM dalam tempoh lebih sedekad lalu, sistem FC Honda terbaharu itu lebih berprestasi, reliabel dan kos kini dua per tiga lebih rendah berbanding sistem FC pada Honda Clarity 2019.

Honda juga mengenal pasti empat bidang utama dalam penggunaan awal sistem FC, iaitu FCEV, kenderaan komersial FC, stesen kuasa dan jentera pembinaan.

Honda bukan pengeluar kepala lori yang mana sistem FC itu dipasang pada trak Peterbilt. Syarikat yang berminat bekerjasama boleh menghubungi Honda melalui e-mel [email protected].

Ciri Trak Konsep Class 8 Sel Bahan Api Hidrogen

  • Dimensi: panjang 8,000mm x lebar 2,400mm x tinggi 4,000mm
  • GCW (Berat gabungan kasar): 37,273kg (Berat trak: 12,918kg, berat muatan: 24,355kg)
  • Anggaran Kelajuan: 113kmj
  • Jarak Pemanduan: 643.7km (anggaran GCW
  • Kuasa Sistem FC: 240kW (gabungan, 80kW x 3)
  • Tangki Hidrogen: Tangki hidrogen H2 82kg, tekanan tinggi 700 bar (10,152psi)
  • Bateri: Bateri voltan tinggi 120kWj

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Advanced Clean Transportation (ACT) 2024, Fuel Cell, Honda, Honda Class 8 Hydrogen Fuel Cell Truck Concept

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev