AVETA Malaysia memperkenalkan varian Ranger Cub Cross 115 iaitu melibatkan dua varian terbaharu yang akan dipossikan di bawah Ranger Max 130.
Dua barian itu ialah versi standard dengan rona Hunter Green (hijau) ditawarkan pada harga jualan asas RM4,988 manakala varian edisi khas yang berwarna Desert Storm dijual pada harga RM5,188. Harga itu tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Ranger Cub Cross 115 dibangunkan daripada model Ranger 110 untuk memenuhi keperluan peminat motosikal yang inginkan motosikal berciri adventure cub dengan harga mesra pengguna. Sebagai kelegaan, motosikal itu didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dulu).
Perbezaan antara model standard dan edisi khas melibatkan beberapa aspek iaitu versi Desert Storm dipasang rim jejari dengan tayar dwi-kegunaan. Varian standard kekal dengan rim aloi.
Berikut ialah perinciannya:
- Enjin 4-lejang 113cc sejukan udaar dengan kaburator elektronik, menawarkan kuasa 8.7hp pada 8,000rpm dan tork 9Nm @ 5,500rpm.
- Kotak gear manual 4-kelajuan.
- Fork teleskopik konvensional dengan absober berkembar (belakang).
- Rim 17 inci dengan sepasang tayar 2.50.
- Sistem brek cakera tunggal (depan) dan brek dram untuk belakang.
- Dimensi panjang 1,850mm, lebar 660mm, tinggi 1,070mm.
- Jarak roda 1,246mm dan jarak bumi 145mm.
- Ketinggian pelana 750mm dan berat kasar 86kg.
- Tangki minyak 3.5 liter.
- Gard tangan dan meter jenis digital.
- Jualan akan bermula bulan depan dan tempahan sudah dibuka.
Leave a Reply