• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / McLaren Keluarkan Basikal Gunung Elektrik, Harga Mula RM37k

McLaren Keluarkan Basikal Gunung Elektrik, Harga Mula RM37k

July 4, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


NAMA McLaren sebagai pemain kereta prestasi tidak perlu diperkenalkan lagi dan kini melangkah ke industi baharu, iaitu basikal gunung berkuasa elektrik. Ini bukan basikal biasa kerana McLaren sendiri memanggil produk ini sebagai basikal elektrik hiper.

Pengeluar kereta menawarkan basikal bukan sesuatu yang pelik. Lotus misalnya pernah menghasilkan basikal trek untuk pasukan Britain dengan memenangi emas Olimpik!

Basikal gunung elektrik McLaren direka pasukan sama yang bertanggungjawab membangunkan supercar hibrid seperti Artura (foto atas).

Basikal gunung elektrik ini menggunakan binaan gentian karbon yang sinonim dengan model McLaren.Malah motor basikal elektrik ini juga meningkatkan lagi nisbah kuasa kepada berat yang menjadi ciri dalam setiap pembangunan supercar McLaren.

Lagi ciri yang ada kaitan dengan kereta ialah grafik paparan digital yang mana maklumat seperti halaju, tahap kuasa bateri dan jarak dipaparkan panel LCD warna penuh di hendal basikal, dan semua model basikal gunung itu menggunakan tayar Pirelli.

Basikal Gunung Elektrik McLaren

i. Extreme 600

  • Model suspensi penuh
  • Bateri 48V, 14.5Ah (720Wh).
  • Motor 600W berkuasa 161Nm.
  • Set roda gentian karbon 29 inci (depan), 27.5 inci (belakang)
  • Set gear tanpa wayar SRAM XX Eagle AXS Transmission 12 kelajuan.
  • Brek SRAM G2 RE 4 piston.
  • Fork RockShox Lyric Rush RC 160 mm.
  • Absorber RockShox RS Deluxe Select+ 145mm.
  • AS$11,950 (RM56,010).

ii. Extreme 250

  • Model suspensi penuh
  • Bateri 36V, 15Ah (540Wh).
  • Motor 250W berkuasa 121Nm.
  • Set roda gentian karbon 29 inci (depan), 27.5 inci (belakang)
  • Set gear tanpa wayar SRAM XX Eagle AXS Transmission 12 kelajuan.
  • Brek SRAM G2 RE 4 piston.
  • Fork RockShox Lyric Rush RC 160 mm.
  • Absorber RockShox RS Deluxe Select+ 145 mm.
  • AS$10,950 (RM51,320).

iii. Sport 600

  • Model hardtail
  • Bateri 48V, 14.5Ah (720Wh).
  • Motor 600W berkuasa 161Nm.
  • Set roda gentian karbon 29 inci (depan dan belakang)
  • Set gear mekanikal SRAM GX 12 kelajuan.
  • Brek hidraulik SRAM G2 RE 4 piston.
  • Fork RockShox Pike Rush RC 140 mm.
  • AS$8,950 (RM41,945).

iv. Sport 250

  • Model hardtail
  • Bateri 36V, 15Ah (540Wh).
  • Motor 250W berkuasa 121Nm.
  • Set roda gentian karbon 29 inci (depan dan belakang)
  • Set gear SRAM GX 12 kelajuan.
  • Brek hidraulik SRAM G2 RE 4 piston.
  • Fork RockShox Pike Rush RC 140 mm.
  • AS$7,950 (RM37,260).

Sama seperti kereta McLaren, basikal gunung elektrik ini mempunyai mod kuasa yang boleh dipilih menerusi skrin digital pada hendal.

  • Off - Tiada bantuan motor elektrik (kayuhan manual)
  • Eco - Penjimatan tenaga untuk tunggangan jauh
  • Trail - Kayuhan dengan bantuan motor elektrik
  • Sport - Output kuasa tambahan apabila keadaan jadi lebih mencabar
  • Race - Kuasa dan tork maksimum (model 600W sahaja)
McLaren electric mountain bike 2024.01
McLaren electric mountain bike 2024.02
McLaren electric mountain bike 2024.03
McLaren electric mountain bike 2024.04
McLaren electric mountain bike 2024.05
mclaren-e-bike-2024-10
mclaren-e-bike-2024-1
mclaren-e-bike-2024-3
mclaren-e-bike-2024-6
mclaren-e-bike-2024-7
mclaren-e-bike-2024-5
mclaren-e-bike-2024-8
mclaren-e-bike-2024-4
mclaren-e-bike-2024-9

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: McLaren, McLaren Bikes, McLaren e-bike, McLaren Extreme 250, McLaren Extreme 600, McLaren Sport 250, McLaren Sport 600, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev