• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Kicks 90th Anniversary Untuk Jepun, Kicks Autech Turut Dipertingkat, enjin e-POWER

Nissan Kicks 90th Anniversary Untuk Jepun, Kicks Autech Turut Dipertingkat, enjin e-POWER

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SELAIN Juke, Nissan mempunyai sebuah lagi model menarik iaitu Kicks. Rekaannya tidak terlalu funky seperti Juke dan tetap menyerlah.

Terbaru untuk pasaran Jepun, Nissan memperkenalkan Kicks yang dipertingkatkan (2024) dan model istimewa, Kicks 90th Anniversary. Nissan Motor Co., Ltd., mencecah usia ke-90 selepas ditubuhkan 1933.

Sejarah Nissan bermula sebelum itu lagi ketika Kwaishinsha Motor Car Works ditubuhkan di Tokyo pada 1911. Tiga tahun kemudian Kwaishinsha memperkenalkan keretanya yang pertama, DAT.

Kicks digemari pelanggan kerana enjinnya yang mempunyai pecutan berkuasa dan senyap. Kicks Jepun dan beberapa lagi pasaran bukan seperti kereta lain kerana menggunakan teknologi e-POWER.

Enjin HR12DE 1.2 liter petrol hanya berfungsi sebagai generator untuk membekalkan tenaga elektrik dan roda dipacu motor elektrik.

Enjin mempunyai kuasa 82 ps pada 8,000 rpm dan tork 103Nm pada 4,800 rpm. Motor elektrik depan EM47 menghasilkan 100kW (136 ps) dari 3,410 sehingga 9,697 rpm dan tork 280Nm dari 0 sehingga 3,410 rpm.

Motor elektrik belakang MM48 untuk model pacuan empat roda (4WD) memiliki kuasa 50kW (68 ps) dari 4,775 sehingga 10,259 rpm dan tork 100Nm dari 0 sehingga 4,775 rpm.

Untuk model 2024, sistem Intelligent Around View Monitor (dengan pengesanan objek bergerak) dilengkapi pada semua varian.

Pada bahagian belakang, kemasan pintu dengan lampu gabungan bersepadu yang popular pada Style Edition boleh didapati pada semua varian dan tampil menarik.

Stereng dibalut kulit bermutu tinggi untuk cengkaman yang baik pada pemandu.

Kicks 90th Anniversary istimewa dengan perkakasan berikut:

  • Riasan tembaga pada jeriji, cermin sisi dan rel bumbung dan simbol kepada kenderaan elektrik.
  • Rim 17 inci warna gunmental.
  • Kerusi balutan kulit tiruan dan fabrik hitam dan logo 90th Anniversary pada sisi.
  • Cermin pandang belakang pintar.
  • Kerusi depan dan stereng dengan pemanas.
  • Spesifikasi musim sejuk.
  • Pilihan pacuan 2WD (X) dan 4WD (X FOUR).
  • Aksesori pilihan 90th Anniversary dari pengedar seperti karpet, grafik badan dan pelbagai lagi.
  • Harga: JPY¥3,257,100 (RM98,837) - 2WD,  JPY¥3,520,000 (RM106,831) - 4WD.

Kicks Autech:

  • Kit luar dan dalaman khas Autech.
  • Warna dua tona Radiant Red/Pure Black.
  • Stereng balutan kulit bermutu tinggi.
  • Pilihan pacuan 2WD (X) dan 4WD (X FOUR).
  • Harga: JPY¥ 3,437,500 (RM104,316) - 2WD,  JPY¥3,700,400 (RM112,294) - 4WD

Nissan Kicks:

Nissan Kicks 2024 Jepun.01
Nissan Kicks 2024 Jepun.02
Nissan Kicks 2024 Jepun.03
Nissan Kicks 2024 Jepun.04
Nissan Kicks 2024 Jepun.05
Nissan Kicks 2024 Jepun.06
Nissan Kicks 2024 Jepun.07
Nissan Kicks 2024 Jepun.08
Nissan Kicks 2024 Jepun.09
Nissan Kicks 2024 Jepun.10
Nissan Kicks 2024 Jepun.11
Nissan Kicks 2024 Jepun.12
Nissan Kicks 2024 Jepun.13

Nissan Kicks 90th Anniversary:

Nissan Kicks 90th Anniversary.01
Nissan Kicks 90th Anniversary.02
Nissan Kicks 90th Anniversary.03
Nissan Kicks 90th Anniversary.04
Nissan Kicks 90th Anniversary.05
Nissan Kicks 90th Anniversary.06
Nissan Kicks 90th Anniversary.07
Nissan Kicks 90th Anniversary.08
Nissan Kicks 90th Anniversary.09
Nissan Kicks 90th Anniversary.10
Nissan Kicks 90th Anniversary.11
Nissan Kicks 90th Anniversary.12

Nissan Kicks Autech:

Nissan Kicks Autech 2024 Jepun.01
Nissan Kicks Autech 2024 Jepun.02
Nissan Kicks Autech 2024 Jepun.03
Nissan Kicks Autech 2024 Jepun.04

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nissan, Nissan Kicks, Nissan Kicks 90th Anniversary

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev