BAIC Malaysia hari ini memperkenalkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) X55 dan BJ40 Plus yang bakal memasuki pasaran Malaysia pada harga anggaran bermula RM120,000.
BAIC X55 ialah SUV segmen-C yang akan bersaing dengan Proton X70 dan dan Honda CR-V di pasaran tempatan, manakala BAIC BJ40 Plus ialah SUV gaya jip off-road yang berentap dengan pesaing seperti Toyota Hilux Revo dan Toyota Fortune.
1. BAIC X55
BAIC X55 akan dijual pada harga anggaran antara RM120,000 hingga RM140,000 untuk pasaran Malaysia. Berikut spesifikasi dan fakta menarik SUV kompak ini:
- Dikuasakan enjin A156T2H 1.5TD dengan pengecas turbo VGT yang menghasilkan output kuasa 185hp, dan tork maksimum 305Nm, manakala transmisi dual-klac (DCT) klac basah 7- kelajuan DCT38.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 7.84 saat.
- Ada mod pemanduan pintar: ECO, Sport, Comfort, dan SMART.
- Penggunaan bahan api 7.18 liter per 100km mengikut Kitaran Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTC).
- Pengecas turbo VGT memastikan kuasa optimum dalam pelbagai kondisi jalan dengan memaksimumkan kuasa enjin dan mengurangkan penggunaan bahan api.
- Enjin Kitaran Miller meningkatkan kecekapan haba enjin dan mengurangkan penggunaan bahan api dengan melambatkan masa penutupan injap ambilan dan menggunakan pengembangan gas campuran tidak terbakar untuk melaksanakan proses.
- Suntikan terus tekanan tinggi 350bar.
Luaran
- Memiliki dimensi panjang 4,620mm, lebar 1,886mm, dan tinggi 1,680mm.
- Hendal pintu tersembunyi.
- Seretan aerodinamik rendah.
- Bumbung suria panoramik berteknologi tinggi Inalfa menawarkan bukaan cahaya luas dan sensor hujan automatik.
Dalaman
- Ada dua skrin 10-inci untuk unit infotainment dan kluster instrumen.
- Ada lampu ambien pintu dengan pilihan 10-warna boleh ubah.
Ciri Keselamatan
- 6 beg udara
- Monitor Pandang Keliling (AVM)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Pengesan Titik Buta (BSD)
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
- Sistem Brek-Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
- Brek Parkir Elektronik (EPB)
- Program Stabiliti Elektronik (ESP)
- Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC)
- Kawalan Turun Bukit (HDC)
- Sistem Atasi Brek (BOS)
2. BAIC BJ40 PLUS
BAIC BJ40 Plus akan dijual pada harga anggaran antara RM180,000 hingga RM190,000. Berikut spesifikasi SUV gaya jip ini:
- Enjin petrol 2.0T dengan output kuasa 221hp dan tork 380Nm.
- Transmisi automatik 8-kelajuan ZF.
- Sistem stereng dioptimum dengan mekanisma stereng rak gear dengan radius putaran hingga 11.6 meter.
- Sistem pacuan empat roda (4WD) separuh-masa BorgWarner dengan tiga mod: 2H/2L/
- Dilengkapi pelindung bawah bampar dan cangkuk tunda.
- Rekabentuk badan tanpa beban
- Casis Integral Beam
- Suspensi depan double-wishbone.
- Suspensi belakang 5-pautan
- Kenderaan ditala untuk pemanduan dinamik dan tahap kesenyapan (NVH) kabin dioptimum.
Luaran
- Memiliki dimensi panjang 4,645mm, lebar 1,925mm, dan tinggi 1,871mm, manakala jarak roda 2,745mm.
- Rekabentuk gril depan lima lubang yang agresif
- Cangkuk tunda dengan empat cangkuk depan dan belakang mampu menarik beban seberat 2.5 tan.
- Cermin luar disaluti krom
- Fungsi pelaras elektrik
- Pentup bumbung dan cermin depan boleh tanggal.
Dalaman
- Lampu mood
- Kluster instrumen LCD 12.3 inci dan unit infotainment 10 inci
- Ruang storan luas
Ciri Keselamatan
- Hadir dengan Bosch 9.1 ESP
- Rangka bar anti-oleng kuat
Leave a Reply