POLIS Delhi menahan seorang lelaki yang dipercayai mencuri barang kemas penumpang pesawat penerbangan dalam 200 penerbangan yang dinaiki sejak tahun lalu di New Delhi, India.
Suspek, Rajesh Kapoor, 40, pernah terlibat dalam kes kecurian di kereta api sebelum melakukan jenayah sama dalam pesawat penerbangan pula.
Suspek didakwa menempah penerbangan domestik premium Air India atau Vistara ke tiga lokasi seperti Delhi, Chandigarh, dan Hyderabad menggunakan identiti abangnya yang sudah meninggal dunia.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Delhi, Usha Rangnani berkata;
Dalam beberapa kejadian, selepas memilih mangsa, Rajesh meminta menukar tempat duduk supaya dekat dengan sasaran."
Dia kemudian memanfaatkan situasi menaiki pesawat yang kelam-kabut dan menggeledah ruang bagasi atas, mencuri barang berharga daripada beg yang tidak berkunci ketika penumpang duduk di tempat duduk masing-masing."
Berikut dua kes terbesar pernah dilakukan Rajesh:
- Seorang penumpang kehilangan barang kemas bernilai RM39,441 dari Hyderabad ke Delhi pada 11 April 2024.
- Seorang lagi penumpang kehilangan barang kemas bernilai RM112,722 dari Amritsar ke Delhi pada 2 Februari 2024.
Hasil barang kemas yang dicuri dijual kepada seorang tukang emas, Sharad Jain, 46, sebelum dicairkan menjadi barang kemas baharu.
SUMBER: Hindustan Times
Leave a Reply