• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KPDN Kedah Cekup Pekerja Stesen Minyak Sekongkol Sindiket Seleweng Diesel di Baling

KPDN Kedah Cekup Pekerja Stesen Minyak Sekongkol Sindiket Seleweng Diesel di Baling

May 14, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SINDIKET penyelewengan diesel kecundang dalam serbuan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah di satu stesen minyak sekitar Baling, Kedah semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan dijalankan jam 1 tengah hari dengan anggota dan pegawai KPDN Cawangan Baling berdasarkan hasil risikan beberapa minggu lalu.

Ketika serbuan, tiga lelaki tempatan berusia 20-30 tahun sedang mengisi diesel ke dalam tiga tong plastik di belakang lori. Hasilnya, KPDN menemui diesel anggaran 500 liter bernilai RM1,075.

Menurutnya, seorang individu mengaku pemilik lori gagal mengemukakan sebarang dokumen sah bagi memiliki barang di bawah kawalan.

Justeru KPDN menyita diesel bersama tiga tong plastik berisi 200 liter dan sebuah lori bernilai RM25,285. Ketiga-tiga suspek lelaki dan seorang pekerja stesen minyak ditahan bagi tujuan siasatan. Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

SUMBER: KPDNKedah

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, KPDN Kedah, Sindiket Penyelewengan Diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my