• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Penunggang Cuba Pukul Cermin Sisi Tesla Kena Himpit Sampai Terjatuh di Damansara Link

Video Penunggang Cuba Pukul Cermin Sisi Tesla Kena Himpit Sampai Terjatuh di Damansara Link

May 14, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


TINDAKAN seorang penunggang motosikal yang memukul cermin sisi kereta elektrik, Tesla Model 3 memakan diri apabila dihimpit hingga terjatuh di Lebuhraya Damansara Link, semalam.

Dalam satu video 18 saat yang tular di media sosial menunjukkan penunggang berkenaan datang dari belakang dan mencelah di sebelah Tesla di lorong kiri yang kebetulan turut memberi signal belok dan menukar lorong ke kiri. Lihat video di bawah:

Kejadian pagi tadi. Tesla dgn sengaja langgar motor. Kenapalah jahat sangat mcm setan niiii 😭 pic.twitter.com/Kvc8PWCaqu

— President of Tired Moms' Club (@dellidrus) May 13, 2024

Bagaimanapun, tindakan pemandu Tesla itu mungkin menyebabkan penunggang terkejut dan tidak berpuas hati hingga bertindak memukul cermin sisi Tesla dengan tangannya, tetapi pantas dihimpit hingga terbabas dan terjatuh.

Dalam ruangan komen, ramai netizen mengecam tindakan pemandu Tesla kerana membahayakan nyawa penunggang tersebut, tetapi ada juga yang menyokong kerana menganggap mangsa bertindak samseng. Lagipun boleh tahan keras juga harga cermin sisi Model 3 tu. 😆

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/05/020a5bb7-61f0-4cd8-8295-4dbe22e5e39b.mp4

Berikut antara komen netizen;

Satu jelah aku boleh cakap, dah tahu naik motor tu bawak bawak la sedar diri. Jangan berlagak hebat macam kau kebal." - Chapienat

"Gatal sangat tangan tu, kan dah mendapat. Ikut baran kau je, baran org lain tak kira? Itu makan dia. Sendiri cari penyakit." - soufihasbi

"Legit je la Tesla tu marah sbb mat moto tu cari pasal dulu tapi melampau betul dia balas. After all, dia 4 roda and mat moto tu 2 roda. Agak2 la kalau nak marah pun. Side mirror boleh mintak dia bayar tapi nyawa orang tu nak kira macam mana pulak?" - itsjustlunaaaaa

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Lebuhraya damansara link, Moto pukul cermin sisi Tesla, Samseng Jalan Raya, Tesla Himpit Penunggang, Tesla Model 3, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my