TULAR di media sosial satu video menunjukkan sekumpulan individu berkumpul dan memasak di stesen minyak Petron, Genting Highland, semalam.
Tindakan tersebut dikecam teruk pelbagai pihak kerana perbuatan itu dianggap sangat tidak wajar kerana boleh membahayakan orang awam berikutan [enggunaan dapur gas untuk memasak mi segera.
Macam mana diorang ni boleh terfikir nak pasang stove dekat stesen minyak? 😰 pic.twitter.com/BvBr5h8It9
— 🇲🇾 (@localrkyt) May 12, 2024
Dalam video itu juga kelihatan kereta Honda Jazz bersusun sekitar kawasan stesen minyak berkenaan hingga menyebabkan kesesakan dan mengganggu pengguna lain di stesen berkenaan.
Berikut beberapa komen netizen dalam video tersebut;
Belum pernah lagi aku jumpa manusia dekat muka bumi ni yg healing guna stove dekat station minyak. Level b*d*h b*ng*p dia tak boleh bawak bincang ek" - @Iamraffffffff
"Weiiii kalaulah meletop ke... nauzubillah min zalik. Allah bagi otak tu gunalah adik2 oi. Dah lah buat jem tmpt org nak isi minyak, membahayakan nyawa org pulak tu. Kau x sayang nyawa I x kisah, fikirlah nyawa org lain skli" - @feeragreen
"Mcm mana boleh terfikir nak buat dkt tmpat orang. Dgn kereta halang laluan, siap sempat keluarkan kerusi healing n portable stove mcm itu kawasan lapang. Makan campur lelaki perempuan. Polis dtg, dia buat dunno. Rakam n bangga. Kang ada pulak yg jawab, petron ni bapak dia punya" - @irzu09
Leave a Reply