POLIS menyita 16 motosikal kerana melakukan ubah suai dan tiada lesen memandu serta cukai jalan sah dalam Op Penguatkuasaan, pagi tadi yang bermula jam 1 pagi sekitar Jalan Ampang dan Tasik Tambahan, Ampang, Selangor.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, 15 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik terlibat dalam operasi itu.
Pemeriksaan dan penahanan dibuat secara rawak dengan mensasarkan kenderaan yang melakukan modifikasi keterlaluan pada bahagian tertentu, termasuk penunggang yang melakukan aksi berbahaya.
Seramai 32 individu diperiksa dengan 27 kenderaan, hasilnya mendapati 66 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lazim seperti tidak memiliki lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, mengubah suai motosikal dan banyak kesalahan lain."
Justeru 16 motosikal disita disebabkan kesalahan mengubah suai ekzos dan tiada lesen memandu sah. Motosikal disita dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang dan kes disiasat bawah Seksyen 6 (4) dan Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SUMBER: HarianMetro
Leave a Reply