PERSOALAN paling ramai ditanya mengenai Honda CR-V 2024, mana patut saya pilih sama ada versi Turbo atau Hybrid. Sebelum abang jawab mana satu patut dipilih, mari kita lihat dulu varian mana paling ramai dipakai pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) ini.
Menurut Honda Malaysia, varian V paling ramai dipilih, diikuti E, RS dan S, manakala dari segi warna pula, Canyon River Blue (biru) paling digemari pembeli.
Berbalik soalan awal tadi, dengan perbezaan RM14,000, sejujurnya abang akan pilih varian Hybrid. Kenapa bukan Turbo?
Sebabnya, lebih jimat minyak dan ada power!
Adakah ini bermaksud varian V dengan enjin 1.5L VTEC Turbo (foto kanan) tidak cukup power? Tidak. cuma varian Hybrid ada kelebihan prestasi kerana menggunakan enjin 2.0L e:HEV dengan output kuasa 184ps (181hp) dan tork 190Nm berserta bantuan e-motor.
Malah trenkuasa hibrid membantu abang menjimatkan penggunaan petrol, terutama ketika memandu dalam situasi trafik sesak.
Nak tahu lagi apa pandangan abang pasal Honda CR-V, terutama varian V, apa kata anda tonton saja video di bawah ini.
Dalam video ini, abang ada jelaskan kenapa Honda CR-V 2024 boleh laku keras dan apa pendapat abang pasal SUV segmen-C ini.
Leave a Reply