• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Enjin V8 untuk Continental GT, GTC, dan Flying Spur di UK, Pasaran Lain Bakal Menyusul!

Tiada Lagi Enjin V8 untuk Continental GT, GTC, dan Flying Spur di UK, Pasaran Lain Bakal Menyusul!

July 6, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MASANYA sudah tiba, Bentley Motors pada Mei lalu mengumumkan persaraan enjin 4.0L V8 turbo kembar untuk Continental GT, Continental GTC dan Flying Spur.

Kumpulan pasaran pertama ialah Britain, Eropah dan Timur Tengah, manakala pasaran lain bakal menyusul.

Namun, pelanggan masih berpeluang mendapatkan enjin sama melalui Bentayga. Sebagai makluman, Bentley terlebih dahulu menamatkan pengeluaran enjin 6.75L V8 pada 2020.

Penamatan pengeluaran untuk Continental dan Flying Spur adalah antara langkah strategi Beyond100 yang mana semua model Bentley ditawarkan pilihan trenkuasa hibrid pada 2024.

Perjalanan bermula melalui pengenalan Bentayga dan Flying Spur Hybrid dengan mendapat sambutan mengatasi jangkaan. Enjin pembakaran dalaman (ICE) V8 memainkan peranan penting dalam kenderaan Bentley selama lebih 75 tahun.

Enjin Siri L V8 pertama diperkenal pada Bentley S2 1959 berkuasa 180hp daripada 'mesin' 6.2L. Enjin V8 hari ini pula menghasilkan tiga kali ganda kuasa dengan sesaran lebih kecil atau dua pertiga daripada asal.

Enjin 4.0L V8 turbo kembar (foto atas) diperkenal pada 2012 dan sejak itu lebih 53,000 enjin menjadi nadi Continental GT, GTC dan Flying Spur. Setiap satu dipasang dengan tangan di kilang Dream Factory Bentley, di Crewe, England.

Enjin V8 moden Bentley direka untuk 'menghadiahkan' daya kilas tinggi dan pada masa sama melepaskan emisi lebih rendah dan memberikan kecekapan sebaik mungkin. Enjin pula berkuasa 542hp dan tork setinggi 770Nm @ 2,000rpm-4,500rpm.

Bentuk enjin segiempat tepat dengan panjang lejang dan gerek silinder 86mm memberikan keseimbangan terbaik antara kuasa dan tork.

Bersama pengecas turbo skrol kembar, enjin menghasilkan lebih 135hp setiap liter. Tempahan untuk Britain, dan Eropah Timur Tengah sudahpun ditutup. Penghantaran terakhir Continental GT, GTC dan Flying Spur dengan enjin V8 dijadual pada Jun lalu.

Jika sempat, pelanggan masih boleh mendapatkan unit sedia ada melalui rangkaian pengedar atau penjual.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Bentley, Bentley Motors, Bentley UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my