• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ulat E-Hailing Tawar Kenderaan Mewah Perdaya Pelancong Asing

Ulat E-Hailing Tawar Kenderaan Mewah Perdaya Pelancong Asing

May 8, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

TAWAR perkhidmatan e-Hailing dengan kenderaan mewah merupakan modus operandi digunakan sebilangan ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dan Terminal 2 (KLIA2).

Namun, kegiatan tersebut berjaya dibongkar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu Op Khas Ulat dan e-Hailing yang dijalankan selama tiga hari bermula Ahad lalu hingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya berjaya menahan 10 individu berusia antara 20-an hingga 60-an dalam operasi khas tersebut.

Kami turut menyita 10 kenderaan pelbagai jenis termasuk kenderaan mewah seperti Toyota Alphard yang digunakan oleh 'ulat' untuk menjalankan kegiatan itu."

"Ulat-ulat ini akan menyasarkan pelancong asing yang tidak pernah datang ke Malaysia dengan kononnya menawarkan harga murah bagi perkhidmatan mereka."

"Namun selepas pelancong terbabit sudah berada dalam kenderaan mereka, ulat-ulat ini akan mengenakan harga lain yang jauh lebih mahal atas pelbagai alasan."

Dalam operasi sama, JPJ juga memeriksa 23,567 kenderaan, hasilnya sebanyak 2,168 notis dikeluarkan dan 1,889 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Bagi mereka yang menjalankan aktiviti ulat ditahan mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 selepas didapati memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan berkaitan tanpa kebenaran.

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Op Khas Ulat dan e-Hailing, ulat e-hailing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my