• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Serius Mahu Luaskan Produk NISMO untuk Pasaran Massa

Nissan Serius Mahu Luaskan Produk NISMO untuk Pasaran Massa

April 29, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BISNES jualan produk berprestasi dan estetik memang besar selain memberi peluang kepada mereka yang 'terperangkap' dalam kereta keperluan supaya tampil berbeza, segar dan berjiwa muda. Susulan itu, Nissan Motor Co Ltd mengambil inisiatif menubuhkan satu unit baharu untuk meluaskan lagi pasaran bisnes produk jalanan NISMO ke serata dunia.

Unit baharu itu dinamakan Jabatan Bisnes Kereta NISMO dan adalah sebahagian daripada Autech Japan Inc. Lebih menarik, jabatan baharu tersebut terdiri daripada gabungan rakan kerja lain seperti Nissan, Autech, Nissan Motorsports International Co Ltd dan beberapa kumpulan lain. Tugas rakan-rakan kerja itu adalah merancang dan membangunkan lebih banyak produk menarik dalam masa singkat.

BACA >>> NISMO Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Lama Nissan - Skyline GT-R R32 Jadi Model Sulung

Nissan merancang kereta-kereta talaan NISMO dapat menembusi pasaran antarabangsa dan merangsang semula pasaran sedia ada di Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah. Nissan juga mahu meningkatkan jualan produk NISMO yang kini terjual kira-kira 15,000 unit setahun.

NISMO 2017.01
NISMO 2017.02

Nissan mula memperkenalkan model-model NISMO dalam varian massa sejak 2013. Jenis produk ditawarkan membabitkan aspek gaya dan prestasi yang diilhamkan daripada aktiviti sukan permotoran NISMO dan pada masa sama mengekalkan kualiti dan ketahanan jenama Nissan. Model-model khusus NISMO terdiri daripada GT-R, Fairlady Z, Juke, Note, Sentra dan Patrol.

Unit baharu itu juga akan bekerjasama dengan Nissan Motorsports International dalam aspek pemasaran, termasuk mempamerkan unit NISMO di bilik-bilik pameran Nissan dan acara-acara khas NISMO.

BACA >>> Kereta Hebat Dikuasakan Enjin Legenda Nissan RB

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Jabatan Bisnes Kereta NISMO, Nismo, NISMO Car Business Department, Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev