• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Batur Convertible, Versi Bumbung Boleh Buka, 16 Buah Terhad! (Masih Ada Peluang?)

Batur Convertible, Versi Bumbung Boleh Buka, 16 Buah Terhad! (Masih Ada Peluang?)

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

INI satu lagi peluang mendapatkan Batur, bukan coupé dan satu yang istimewa apabila dibuat dalam model berhud (convertible).

Dibuat oleh Mulliner yang merupakan bahagian tempahan khas Bentley dan pembuat badan (coachbuilder) paling lama bertahan di dunia, Batur Convertible menyusul selepas Bacalar dan Batur coupé.

Batur Convertible juga produk 'coachbuilt' Bentley ketiga di dalam era moden.

Enjin W12 6.0 liter turbo berkembar menghasilkan 750 ps dan Batur Convertible menjadi satu daripada model terakhir dengan enjin ikonik yang bakal dihentikan pengeluarannya pada musim panas 2024.

Seronok bukan menjadi orang berkemampuan tinggi? Kereta yang dihasilkan biasanya mempunyai dua jenis gaya badan, coupé dan berhud.

Bila agaknya kereta marhaen dapat dibuat begini atau sekurang-kurangnya model coupé seperti era Wira-Satria-Putra dahulu.

Satu daripada ciri yang ditonjolkan pereka ialah kokpit lelilit (wraparound) yang diinspirasi dari rekaan Bacalar.

Satu lagi ciri yang menarik ialah jambatan udara atau airbridge di belakang kerusi dan penutup menirus ala kereta sport barchetta (bumbung terbuka) era terdahulu.

Dua perkakasan dan rekaan itu bukan hanya untuk cantik tetapi juga menjadi tempat simpanan barang di belakang kerusi depan.

Bumbung boleh dibuka dan tutup dalam masa 19 saat pada kelajuan sehingga 50 kilometer sejam (km/j).

Sebagai sebuah produk Mulliner, pelanggan akan dibantu para pereka bahagian tempahan khas untuk menghasilkan sebuah kereta mengikut citarasa mereka.

Bentley Mulliner telah bekerjasama dengan pakar tukang emas di Jewellery Quarter, Birmingham, England bagi menghasilkan perkakasan dalaman Batur. Bukan sahaja produk, kerjasama itu turut melibatkan teknik pembuatan.

Setiap satu Batur Convertible akan dipasang dengan tangan dalam tempoh beberapa bulan di pusat pengeluaran Mulliner di Crewe, England.

Enjin W12 sama seperti Batur Coupé menggunakan pengecas turbo yang dipertingkat, sistem kemasukan yang disemak semula, intercooler baharu dan penentukuran ekstensif untuk kuasa 750 ps dan tork 1,000Nm.

Enjin ini usianya lebih 20 tahun namun telah dipertingkat dari semasa ke semasa dan kini hampir 40 peratus lebih berkuasa dan menariknya penggunaan bahan api 25 peratus lebih baik.

Enjin W12 dipadan bersama kotak gear cekam berkembar lapan kelajuan dan nyanyian dari enjin disalurkan melalui ekzos titanium.

Memandangkan jumlah Batur Convertible dihadkan kepada 16 buah, kami yakin Bentley mudah untuk mendapatkan pembeli.

Kami juga tidak hairan sekiranya pembeli merupakan orang sama yang menempah Batur Coupé.

Batur Convertible:

Batur Coupé:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Batur, Batur Convertible, Bentley Batur, Mulliner

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my