• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Selepas Kodiaq, Skoda Pilih Karoq Sebagai Nama SUV Baharu, Debut 18 Mei Ini

Selepas Kodiaq, Skoda Pilih Karoq Sebagai Nama SUV Baharu, Debut 18 Mei Ini

May 7, 2017 By Abang Hirata 3 Comments

FacebookTwitter


SKODA, pengeluar kereta dari Republik Czech nampaknya konsisten dalam pemilihan nama model keluarannya. Selepas Kodiaq yang diambil daripada nama sebuah bandar dan pulau di negeri Alaska dalam Amerika Syarikat, kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak baharu kali ini diberikan nama Karoq. Nama dan ejaan Karoq sebenarnya berasal daripada bahasa Alutiiq, kaum asal yang menetap di Alaska, di mana kaum itu memanggil kereta sebagai ‘Kaa’raq’.

Kebetulan, ‘Ruq’ membawa maksud panah dan imej panah memang ada dalam logo Skoda sebagai simbol dinamik. Jadi tidak hairanlah kenapa Skoda menamakan SUV  ini sebagai Karoq! Bukan asal perkataan karaoke ya, itu slanga orang muda Malaysia untuk ajak pergi karaoke!

DEBUT 18 MEI DI STOCKHOLM

Skoda Karoq akan melakukan debut di Stockholm pada 18 Mei ini dan model itu bakal menggantikan Yeti yang sudah berada atas jalan sejak 2009.

Mengulas mengenai pemilihan nama tersebut, ahli lembaga pengarah jualan dan pemasaran Skoda, Werner Eichhorn berkata, SUV baharu kali ini memerlukan satu nama kuat yang sudah menjadi sebahagian pendekatan Skoda dalam menamakan barisan produk dihasilkan. Pada masa sama, menurut Eichhorn lagi, Skoda mahu mewujudkan satu penjenamaan kuat yang dapat diingati pembeli.

Skoda sebenarnya mempunyai rancangan besar untuk pasaran Eropah dan dunia. Mengikut strategi diatur sehingga 2025, pengeluar dari Eropah Timur itu merancang melancarkan sejumlah model SUV baharu pada tahun mendatang.

Jika Skoda Kodiaq berada dalam segmen SUV saiz pertengahan dengan 7-kerusi, Karoq pula duduk satu segmen di bawah Kodiaq dalam kategori segmen kompak atau C, sama seperti Honda CR-V dan Volkswagen Tiguan. SUV Karoq akan mula dijual seluruh Eropah bermula penggal kedua tahun ini.

ŠKODA KAROQ 2017.04
ŠKODA KAROQ 2017.05
ŠKODA KAROQ 2017.03
ŠKODA KAROQ 2017.01
ŠKODA KAROQ 2017.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Republik Czech, ŠKODA, ŠKODA Karoq, Skoda Kodiaq, SUV, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev