• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SpOTTO - Robot Anjing yang Kerja di Kilang BMW Group!

SpOTTO - Robot Anjing yang Kerja di Kilang BMW Group!

May 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KEGUNAAN robot dalam kilang pengeluaran bukan perkara asing. Sebagai contoh robot pengecat, pemateri, pemasang perkakasan dan pelbagai lagi.

Ini pula 'spesies' berbeza, iaitu robot anjing bernama SpOTTO! Ini bukan robot biasa, SpOTTO bekerja di kilang BMW Group Plant Hams Hall di Britain.

Robot autonomi berkaki empat itu bertugas sebagai pengimbas kilang yang membantu dalam penyelenggaraan dan memastikan proses pengeluaran berjalan lancar. SpOTTO dilengkapi sensor visual, terma dan akustik.

Fungsi dan Tugas SpOTTO di Kilang BMW Group

  • Memainkan peranan penting dalam menghasilkan dan menyempurnakan kembar digital (digital twin), atau model virtual objek fizikal kilang yang terhubung sepenuhnya (fully connected).
  • Kembar digital beroperasi pada tiga tahap, iaitu:
    • Tahap Pertama: Pemetaan tiga dimensi (3D) keseluruhan kilang dihasilkan.
    • Tahap Kedua: Terdiri daripada lapisan data besar yang mana SpOTTO, fasiliti pengeluaran dan sistem teknologi maklumat memberikan semua maklumat relevan.
    • Tahap Ketiga (Tahap penggunaan): Pemprograman yang menyusun data dikumpul kepada unit yang boleh difahami dan dikesan.

Gabungan tiga tahap tersebut menjadikan kembar digital yang terhubung sepenuhnya sebagai sesuatu yang unik. Menerusi penggunaan aplikasi, pasukan pakar di Plant Hams Hall dapat menilai dan menggunakan data tersebut.

Antara penggunaannya adalah seperti jaminan mutu dan perancangan pengeluaran.

Penjaga Penyelenggaraan Boleh Harap

Dengan bantuan sensor visual, terma dan akustik, SpOTTO boleh melaksanakan beberapa kerja penyelenggaraan. Misalnya, SpOTTO boleh mengawasi suhu komponen pengeluaran dan serta-merta mengenal pasti suhu panas lampau yang menjadi petanda awal potensi kegagalan.

SpOTTO juga pakar dalam mengenal pasti kebocoran dalam saliran udara termampat yang digunakan dalam pengeluaran.

Udara termampat memerlukan sejumlah besar tenaga dan mengesan kebocoran dengan pantas untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Direka Boston Dynamics, Nama Simbolik

SpOTTO direka Boston Dynamics dan dinamakan Spot sebagai robot dengan saiz sesuai digunakan dalam bangunan dengan kemampuan mendaki tangga dan merentasi permukaan sukar dengan mudah.

Spot diberi nama SpOTTO di Plant Hams Hall sebagai tribut kepada legasi kilang enjin British, Gustav Otto, iaitu pengasas BMW dan anak kepada Nicolaus Otto iaitu pencipta enjin pembakaran dalaman 4-lejang.

Pada 2023, lebih 400,000 enjin dikeluarkan di Plant Hams Hall, termasuk SpOTTO mempunyai sekitar 1,600 pekerja.

Sebelum SpOTTO 'masuk kerja' di kilang tersebut, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menguji kesesuaian aktiviti yang boleh dilakukan robot anjing dalam proses pembangunan selama setahun.

Tugasan lain yang berpotensi juga sedang diuji seperti membaca kawalan pengendalian analog atau melakukan pergerakan berturutan yang rumit. Selain Hams Hall, kilang BMW Group lain juga sedang menguji penggunaan anjing robotik.

SpOTTO 2024.07
SpOTTO 2024.06
SpOTTO 2024.05
SpOTTO 2024.04
SpOTTO 2024.03
SpOTTO 2024.02
SpOTTO 2024.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW, Boston Dynamics, Kilang BMW Group, Robot Anjing, Robot Anjing SpoTTO, SpOTTO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev