SUDAH lama saya dapat kereta pandu uji, baru sekarang sempat mahu reviu. Tapi tidak kisahlahkan? ๐
Beberapa minggu lalu saya berpeluang bawa pulang Proton S70 1.5T Flagship X dengan enjin 3-silinder sebaris 1.5L Turbo DOHC berkuasa 147hp (150ps) dan tork 226Nm yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan berserta mod manual.
Sebenarnya semua varian sedan segmen-C ini menggunakan enjin dengan output kuasa sama, dan begitu juga transmisi. Apa berbeza ialah aspek kosmetik dan spesifikasi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang mana S70 1.5T Flagship X yang saya pandu uji ini mendapat pakej lengkap ADAS.
Sebagai makluman Proton S70 menawarkan dua varian paling premium, iaitu Flagship dan Flagship X. Varian yang saya pandu uji ini ialah Flagship X yang berbeza pada tambahan perakam video digital (DVR) atau dashcam. Selain itu kedua-dua varian berkongsi spesifikasi sama dengan beza harga RM5,000.
Sepanjang memandu uji model ini dari Sepang-Taiping-Kuala Terengganu-Sepang, saya mencatatkan jarak perjalanan sejauh 993km. Memang betul-betul lenjan.
Jadi apa yang saya dapat ulas pasal Proton S70 1.5T Flagship X ini?
APA YANG BEST?
- Luas, dan selesa - S70 ini memang sesuai sangat dijadikan kereta famili. Ruang but cukup luas untuk saya isi segala macam barang pulang ke kampung. Ruang kabin juga cukup luas untuk memuatkan tiga dewasa
- Kemasan mewah - Rekabentuk dalaman memang eksklusif dan mewah dengan kemasan kulit serta ciri moden seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), kerusi elektrik boleh laras dan tiga mod pandu.
- Enjin power! - Saya suka dengan enjin turbo dan transmisi DCT yang ada pada S70 ini. Kuasa sentiasa ada pada setiap injakan. Tekan saja dan sedan ini akan meluncur laju dan lancar sepanjang perjalanan.
APA YANG 'KURENG'
Macam susah je nak cari apa yang kurang. Tapi saya senaraikan jugalah apa yang saya perasan.
- Rekabentukย matured sangat - Mungkin bagi sesetengah orang, rekabentuk S70 nampak agak matang atau tua. Jika anda sukakan rekabentuk yang lebih bersegi, sporty atau seksi, mungkin ada sedikit masalah dengan rekabentuk sebegini. Tapi saya ok saja. ๐ค
- Tak ada Apple CarPlay - Sebagai pengguna iPhone, ciri ini memang sangat membantu. Sayang sekali Proton tak sediakan aplikasi Apple CarPlay untuk sedan ini. Tapi khabarnya Proton sudah mula sediakan aplikasi ini pada model terbaru jenama itu, termasuk S70. Hmmm...
Leave a Reply