SIME Darby Motors (Sime Darby) mengumumkan ketibaan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik BYD Atto 3 versi dipertingkat ke pasaran tempatan, dijual pada harga permulaan serendah RM149,800.
Model edisi 2024 yang hadir dengan varian tunggal itu menerima beberapa peningkatan ciri luaran dan dalaman serta pilihan warna baharu untuk pasaran domestik. Berikut ialah perinciannya:
PILIHAN WARNA
- BYD Atto 3 didatangkan dengan satu pilihan warna baharu iaitu Cosmos Black (hitam) selain warna sedia ada iaitu Boulder Grey (kelabu), Ski White (putih) dan Surf Blue (biru).
APA YANG BERUBAH
- Tiang D kini berwarna hitam. Sebelum ini, ruangan itu pada Atto 3 edisi 2023 berwarna putih.
- Tiada lagi teks Build Your Dreams di bahagian belakang. Model 2024 cuma memaparkan logo BYD.
- Ada pilihan skim warna baharu untuk kabin iaitu hitam-biru gelap (foto kiri) sebagai tambahan kepada skim sedia ada biru gelap-kelabu cerah (foto kanan). Skim warna baharu itu cuma untuk SUV warna hitam dan kelabu
- Dilengkapi ciri pengecas tanpa wayar
- Skrin infotainmen lebih besar iaitu 15.6 inci berbanding 12.8 inci (model sebelum ini) dengan fungsi boleh ubah kedudukan vertikal-horizontal
- Tetap ada sambungan Android Auto and Apple CarPlay
PAKEJ WARANTI & SERVIS
BYD Atto 3 (2024) hadir dengan tiga pakej waranti dan pakej servis seperti berikut:
Leave a Reply