PENGEDAR tunggal kenderaan Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd membuka tempahan secara rasmi untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Kia EV9 dengan menawarkan dua varian tempat duduk, 6- dan 7-kerusi.
Model SUV yang diperkenalkan pada 2023, mempunyai rekabentuk berkotak yang sangat unik menjadikan kenderaan ini mempunyai tarikan tersendiri sekaligus memenangi anugerah berprestij seperti 2024 World Car of the Year dan 2024 World Electric Vehicle.
Berikut adalah harga tempahan mengikut varian:
- Kia EV9 GT-Line (AWD) 7-Kerusi : RM369,668
- Kia EV9 GT-Line (AWD) 6-Kerusi : RM374,668
Apa yang menarik tentang model ini?
- Menggunakan Platform Modular Global Elektrik Kia (E-GMP) yang pertama untuk model Kia dengan teknologi bateri generasi ke-4 memberikan ketumpatan tenaga yang lebih baik.
- Hadir dengan 5 pilihan warna: Ocean Blue, Snow White Pearl, Pebble Gray, Aurora Black Pearl, dan Iceberg Green.
- Dijana kuasa bateri 99.8 kwh dengan dwi motor elektrik yang menggerakkan gandar depan dan belakang.
- Pacuan semua roda (AWD) mampu bergerak 505km dengan sekali cas yang menghasilkan output kuasa 380hp dan tork 700Nm untuk pengalaman pemanduan berprestasi.
- Mempunyai Unit Kawalan Pengecasan Bersepadu (ICCU) yang membolehkan fungsi kenderaan ke muatan (V2L) sebanyak 3.6kwh.
- Hadir dengan waranti kilang selama lima tahun dan had perbatuan 150,000km, mana satu tiba dulu.
- Mempunyai perlindungan waranti bateri selama lapan tahun dan 160,000km, mana satu tiba dulu.
Spesifikasi Luaran
- Panjang kenderaan: 5,010mm
- Lebar kenderaan: 1,980mm
- Tinggi kenderaan: 1,755mm
- Jarak tayar: 3,100mm disokong dengan rim aloi 21 inci
- Bahagian hadapan:
- Mempunyai rekaan gril Digital Pattern Lighting Grill dengan lampu depan vertikal
- Mempunyai elemen harimau melalui Digital Tiger Face
- Lampu siang (DRL) dilengkapi LED Star Map
- Bahagian sisi:
- Pemilihan gaya poligon dan bersegi
- Menggunakan hendal pintu rata (flush)
- Bahagian belakang:
- Dibiarkan dengan gaya minimalis tanpa garis agresif atau palang krom melintang.
- Lampu belakang berbentuk langsing
Spesifikasi Dalaman
- Membawa tiga baris tempat duduk pertama Kia yang dibina pada Platform Modular Global Elektrik (E-GMP)
- Ruang kabin berpegang kepada falsafah rekabentuk 'Opposites United' dan direka bertemakan 'Technology for Life'
- Rekabentuk papan pemuka yang rapi dilengkapi unit infotaimen skrin sentuh 12.3 inci dan paparan segmen 5 inci
- Infotainment dilengkapi dengan Apple Carplay dan Android Auto.
- Barisan kerusi hadapan mempunyai pengecas pantas wayarles dan port USB-C, manakala baris kedua dan ketiga juga mempunyai pengecas USB-C
- Konsol tengah menawarkan praktikaliti dengan bahagian bawah disediakan ruang luas untuk simpanan barang
- Dilengkapi sistem bunyi keliling 14-pembesar suara Meridian
Ciri Keselamatan
- Mempunyai 10 beg udara
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Kawalan Traksi (TCS)
- Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC)
- Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
- Safe Exit Assist (SEA)
- Electronic Brake-Force Distribution (EBD)
- Brake Assist (BA)
- Rear Occupant Alert (ROA)
- High Beam Assist (HBA)
- Parking Collision-Avoidance Assist (PCA)
- Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA)
- Rear Cross-Traffic Collision Assist (RCCA)
- Blind-Spot View Monitor (BVM)
- Lane Keeping Assist (LKA)
- Driver Attention Warning (DAW)
- Forward Collision-Avoidance Assist (FCA2)
- Junction Turning (JT)
- Junction Crossing (JX)
- Lane-Change Oncoming (LCO)
- Direct Oncoming (DO)
- Lane-Change Side (LCS)
- Driving Steering Assist (DSA)
- Auto Evasive Steering Assist (ESA)
- Lane Following Assist (LFA2)
- Smart Cruise Control (SCC)
Kia EV9 GT-Line (AWD) 7-Kerusi
Kia EV9 GT-Line (AWD) 6-Kerusi
Leave a Reply