• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Treler Punca Serpihan Besi Bertaburan di Karak, LPT Dikesan

Pemandu Treler Punca Serpihan Besi Bertaburan di Karak, LPT Dikesan

May 3, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS mengesan pemandu treler yang menyebabkan insiden 30 kenderaan pancit di Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu treler berusia 27 tahun dikesan Rabu lalu yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong keesokan hari untuk merakam percakapan.

Hasil siasatan mendapati sebuah treler yang membawa muatan besi skrap dari Balakong menuju ke Gebeng, Kuantan dipercayai menyebabkan beberapa serpihan besi jatuh atas jalan.

Dalam kejadian itu, tiada sebarang kecederaan kepada pemandu atau penumpang kenderaan yang terlibat tetapi mengalami tayar pancit.

Menurut beliau, pihak polis juga menerima dua laporan mengenai kejadian ini dari seorang lelaki yang berusia 30 tahun dan juga dari pegawai peronda LPT berusia 44 tahun.

Kes disiasat di bawah Peraturan 19 LN 166/59. Polis menasihati semua pemilik kenderaan yang membawa muatan agar mengikut had ditetapkan dan memastikan muatan tersebut tidak membahayakan kepada pengguna lain.

SUMBER: PolisBentong

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, besi bertaburan, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev