• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Lagi Model BENDA Bakal Muncul di Malaysia Autoshow 2024

Dua Lagi Model BENDA Bakal Muncul di Malaysia Autoshow 2024

May 3, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ADA dua lagi model motosikal jenama BENDA dijangka diperkenalkan MForce Bike Holdings (MForce Bike) di Malaysia Autoshow 2024 selain Napoleon 500.

Mengikut maklumat diterima, dua model itu ialah jentera roadster BENDA LFS 700 (BD700-3) dan motosikal cruiser BENDA LFC 700 (BD700-2).

Kedua-dua model itu berkongsi trenkuasa sama termasuk kotak gear, tetapi output kuasa ditala sedikit perbezaan membabitkan nisbah mampatan, output kuasa dan tork. Berikut perinciannya:

TRENKUASA

  • Enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 676cc DOHC 16-injap penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI).
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan sistem klac antigelincir (slipper clutch).

OUTPUT ENJIN

  • LFS700: kuasa 92.5hp @ 11,000rpm; Tork 63Nm @ 8,500rpm; Kelajuan maksimum 200kmj.
  • LFC700: kuasa 77.8hp @ 10,050rpm; Tork 60Nm @ 8,000rpm; Kelajuan maksimum 160kmj.

PERINCIAN LAIN

1. BENDA LFS 700

  • Panjang 2,142mm, lebar 848mm. tinggi 1,106mm. Jarak roda 1,480mm dan tinggi bumi 170mm.
  • Tinggi pelana 800mm. Berat 218kg. Kapasiti tangki minyak 16 liter.
  • Fork terbalik (USD) KYB 43mm dengan jarak travel 100mm di depan, dan monoshock Pro-Link (belakang) dengan jarak travel 35mm di belakang. Kedua-dua jenis boleh laras prabeban dan redaman.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 180/55 (belakang).
  • Brek cakera kembar 320mm dengan kaliper monoblok 4-piston di depan, dan cakera tunggal 260mm dengan kaliper dwi-piston (belakang).
  • Ada teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi.
2. BENDA LFC700

  • Panjang 2,430mm, lebar 880mm, tinggi 1,110mm. Jarak roda 1,720mm dan tinggi bumi 160mm.
  • Tinggi pelana 695mm dan berat 235kg. Kapasiti tangki 17 liter.
  • Fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock (belakang).
  • Rim aloi 19 inci dengan tayar 130/70 (depan), dan rim 18 inci dengan tayar 310/35 (belakang).
  • Brek cakera kembar 320mm (depan), dan brek cakera 260mm (belakang).
  • Ada Sistem ABS dan Kawalan Traksi.

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Benda, BENDA LFC 700 (BD700-2), BENDA LFS 700 (BD700-3), MForce Bike Holdings (MForce Bike), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my