STELLANTIS Malaysia melancarkan model Peugeot 408 ke pasaran tempatan yang dilihat menawarkan pilihan baharu kepada pengguna yang ingin memiliki kereta segmen C.
Peugeot 408 ialah model pertama diperkenalkan Stellantis Malaysia selepas firma itu mengambil alih semula jenama tersebut daripada pengedar terdahulu. Berikut ialah perinciannya:
MENGAPA PEUGEOT 408 PENTING?
- 408 ialah model yang menggalas tugas mengumumkan kelahiran semula jenama Peugeot di Malaysia dengan mengetengahkan gabungan tiga nilai utama iaitu Memikat (Allure), Emosi (Emotion) dan Kecemerlangan (Excellence).
VARIAN
- Peugeot 408 didatangkan dengan tiga varian piliha iaitu Allure, Premium dan GT.
HARGA
- GT: RM196,055
- Premium: RM166,055
- Allure: RM146,055
TRENKUASA
- Semua varian menggunakan enjin PureTech turbo 1.6 liter mampu mengekstrak 218hp pada 5,750rpm dan tork 300Nm pada 2,000rpm. Pecutan ke 100kmj cuma 8.8 saat.
- Transmisi jenis automatik EAT8 8-kelajuan pintar.
WARNA
Pilihan warna disediakan mengikut varian adalah seperti berikut:
- Allure: Perla Nera Black (hitam), Okenite White (putih), Artense Grey (kelabu)
- Premium: hitam, putih, kelabu dan Obsession Blue (biru)
- GT: hitam, putih dan biru
PERINCIAN
- Lampu depan dan belakang jenis LED penuh untuk Allure dan Premium.
- GT menerima sistem pencahayaan Matrix LED dengan suluhan automatik lampu tinggi (depan) dan rekaan lampu belakang 3D Claw Effect.
- Rim aloi:
- Allure: Granite Grey (kelabu lembut) 18 inci
- Premium: Granite Black (kelabu gelap) 18 inci
- GT: Monolithe Black (hitam) 20 inci
- Gril Allure dan Premium berwarna krom manakala GT mengikut warna badan.
- Varian GT didatangkan dengan spoiler bumbung matahari.
- Tombol kawalan gear utama ditetapkan menerusi tuil gear pandu (D), undur (R) dan neutral (N).
- Butang parking (P) elektronik pula diposisikan secara berasingan.
- Ada tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal atau Sport.
- Papan pemuka dengan Sistem PEUGEOT i-Cockpit iaitu semua corong pengudaraan diposisikan pada tahap optimal untuk menambah baik aspek keselesaan suhu kepada semua penumpang.
- Kluster instrumen digital 10 inci dengan teknologi 3D. Pembeli varian GT boleh mengubah tetapan paparan kenderaan mereka.
- Konsol tengah minimalis untuk paparan lebih dinamik dan kemas, dilengkapi pengecas telefon tanpa wayar dan dua soket USB-C.
- Konsol tengah dilengkapi skrin 10 inci ke arah pemandu dengan ciri i-Toggles yang boleh ubah atau disusun di bawah satu baris skrin.
- i-Toggles membolehkan pengguna mudah akses kepada fungsi kawalan suhu, radio, navigasi dan lain-lain.
- Sistem infotainmen PEUGEOT i-Connect menawarkan pelbagai tetapan boleh ubah sehingga lapan profail pemandu berbeza.
- Tempat duduk pemandu ergonomik dengan 10 tetapan penyelarasan elektrik dan dua tetapan memori untuk GT dan Premium.
- Penyelarasan kerusi Allure pula jenis manual.
- Kerusi penumpang hadapan ada enam pilihan tetapan (ikut varian).
- Kedua-dua tempat duduk barisan depan ada ciri urutan dengan lima program pilihan dan ciri pemanas (ikut varian).
- Tempat duduk varian GT mendapat balutan kulit Dynamic Black Nappa, Allure (vinly) dan Premium (kulit penuh).
- Tayar ganti hadir untuk varian Allure dan Premium manakala GT didatangkan dengan kit tayar.
- Hanya varian GT dilengkapi sistem pembersihan udara kabin.
- Kerusi barisan belakang boleh rebah 60/40.
- Kapasiti ruang kabin ialah 536 liter dan boleh ditingkatkan kepada 1,583 liter (GT) dan 1,611 liter (varian lain) selepas rebahkan tempat duduk belakang.
KESELAMATAN
- Setiap varian dilengkapi dengan enam beg udara, bantuan lampu tinggi, Program Kestabilan Elektronik (EPS) dengan Bantuan Bukit (Hill Assist), perlindungan pejalan kaki Active Hood dan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS).
- Varian GT mendapat kamera 360º manakala dua lagi varian dilengkapi kamera belakang 180º.
- Premium dan GT dipasang sensor bantuan parkir di hadapan dan belakang (Allure cuma sensor parkir belakang).
- Teknologi Pengecaman Papan Tanda Jalan diberikan untuk semua varian (GT dan Premium menerima versi Advance).
- Kawalan jelajah untuk Allure dan dua varian lain menerima versi Adaptif Termaju.
- Ciri Pembrekan Kecemasan Berautomoni ada pada setiap varian (GT dan Premium terima versi Termaju).
- GT dan Premium dilengkapi ciri lain termasuk Amaran Perlanggaran Depan, Pengesan Titik Buka dan Amaran Trafik Lintasan Belakang.
Leave a Reply