• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen ID. Code Bayangan SUV Baharu Untuk China, Sedia Untuk Pemanduan Autonomi Tahap 4

Volkswagen ID. Code Bayangan SUV Baharu Untuk China, Sedia Untuk Pemanduan Autonomi Tahap 4

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PERSAINGAN kenderaan elektrik (EV) di China memang sengit. Pengeluar kereta walaupun sudah lama bertapak perlu berbuat sesuatu.

EV dari pengeluar China membawa dua elemen iaitu rekabentuk lari daripada kebiasaan dan teknologi.

Lihat sahaja rekabentuk EV China yang berjaya membentuk kelompok tersendiri selain teknologi elektrik yang canggih.

Tidak mahu menjadi pemerhati dan bergantung kepada legasi, Volkswagen tampil dengan model konsep ID. CODE yang membayangkan kenderaan utiliti sukan (SUV)) generasi baharu.

ID. CODE menggunakan bahasa rekabentuk baharu dan model konsep ini dibangunkan khusus untuk pelanggan di China.

ID. CODE lebih kepada model Gran Turismo (GT) berbanding SUV dalam kelompok lima meter.

Selain rekabentuk, ID. CODE canggih dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pemanduan autonomi Tahap 4.

Tiga tiang rekabentuk

Bahagian luar dengan gaya kemas dan atlektik ID. CODE membawa strategi rekabentuk baharu VW yang ditakrifkan oleh Ketua Rekabentuk, Andreas Mindt berdasarkan tiga tiang berikut:

  • Kestabilan - Penuh dengan tenaga. Gabungan rekaan slick dan kabin sporty dan dengan gerbang lingkungan roda yang menonjol dan menyerlahkan kedudukan stabuk di atas jalan. Rekaan pillar C yang ikonik pada Golf pertama diberi makna baharu dan dijadikan pillar D pada ID. CODE.
  • Likeability - Rupa depan yang tersenyum! Dengan rekaan kereta hari ini tampil garang, rupa depan ID. CODE mengukir senyuman.
  • Secret sauce (ciri khas kejayaan) - Menginspirasikan. ID. CODE hadir sebagai sebuah SUV dengan badan anggun dan bentuk yang kemas. Sistem lampu dengan ciri mata berkelip secara interaktif merupakan ciri khas yang menghidupkan kereta ini. Interaksi janaan AI turut membolehkan komunikasi di antara mesin dengan manusia pada tahap baharu.

Autopilot Tahap 4

  • Direka secara sistematik untuk pemanduan autonomi Tahap 4.
  • Di dalam mod autonomi, pemandu boleh menjadi penumpang dan melakukan kegiatan lain seperti membaca, bersembang, melayari internet dan pelbagai lagi.
  • VW menyepadukan pelbagai teknologi seperti sensor, lampu, kamera dan sistem skrin paling canggih dan membolehkan komunikasi dengan sekeliling.
  • Selain bateri, tenaga dibekalkan sistem fotovolta pada bumbung lutsinar.

Interaksi dengan pemandu dan sekeliling

  • Kereta VW pertama yang boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan sekeliling melalui bahagian luar kereta.
  • ID. CODE dilengkapi sistem lampu pintar di depan atau Light Cloud dengan 3D Eyes (bahagian bawah bonet) yang interaktif dan skrin LED separa telus di depan.
  • Sistem menjadi aktif apabila pemandu atau pengguna yang disahkan menghampiri kereta.
  • Kereta akan memainkan tanda selamat datang secara visual dan akustik dan menyediakan maklumat ramalan cuaca dalam tempoh dua jam seterusnya.
  • Di dalam mod pemanduan autonomi Tahap 4, sistem lampu depan dan lampu belakang yang turut dilengkapi 3D Eyes berinteraksi dengan pengguna jalan raya lain untuk keselamatan tambahan.

Kereta sebagai avatar

  • Kereta menjadi peneman pemandu.
  • Smart Windows dengan paparan khas pada permukaan tingkap sisi.
  • Sebaik sahaja pemandu menghampir, avatar bantuan AI akan muncul pada cermin dan menyediakan maklumat atau memperingatkan untuk menyediakan payung sekiranya terdapat ramalan hujan.
  • Avatar sama digunakan pada bahagian dalam kereta sebagai peneman pemandu dan membantu. Turut menyediakan maklumat kepada penumpang.

Ruang tamu bergerak

  • Bahagian dalam boleh diubah dan dilengkapi sambungan internet.
  • Menggunakan bahan mesra alam dan bebas haiwan.
  • Sistem bunyi premium, pencahayaan dan penyaman udara untuk perjalanan selesa ala pesawat peribadi.
  • Permukaan cermin menjadi pentas untuk avatar dan paparan lain.
  • Kerusi yang boleh disesuaikan mengikut mod pemanduan.
  • Stereng yang boleh dilipat ke dalam kokpit untuk ruang tambahan bagi memusingkan kerusi depan sebanyak 180 darjah.
The new ID. CODE celebrates its world premiere at “Auto China

The new ID. CODE celebrates its world premiere at “Auto China 20

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Volkswagen, Volkswagen ID. Code, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev