• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / NETA GT: Kereta Sport EV 2-Pintu Keluaran China, Pecutan 0-100kmj Cuma 3.7 Saat!

NETA GT: Kereta Sport EV 2-Pintu Keluaran China, Pecutan 0-100kmj Cuma 3.7 Saat!

April 27, 2024 By Shawkath Leave a Comment

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK diperkenalkan di China pada 2018, NETA sering dianggap sebagai jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) versi bajet. Stereotaip itu bukan hanya dalam fikiran konsumer global tetapi juga pada ramai pengguna di negara asal kelahiran NETA.

Usaha untuk mengubah persepsi itu cuba dilakukan NETA Auto dan syarikat pengeluarnya, HOZON dengan memperkenalkan sedan NETA S pada Julai 2022.

Tidak terhenti di situ, HOZON dan NETA Auto juga mahu jenama kenderaan mereka dikenali sebagai produk premium dan ini membawa kepada pengenalan kereta sport coupe elektrik NETA GT pada April 2023.

Untuk membantu menjayakan misi itu, NETA Auto membawa seunit GT berwarna hitam ke Pameran Motor Antarabangsa Beijing 2024 (Auto China 2024) agar pengunjung dapat mengenalinya secara dekat.

TIGA VARIAN

  • NETA GT ialah kenderaan elektrik penuh (EV) yang ditawarkan dengan tiga varian iaitu Standard Range, Long Range dan Performance.
  • Standard Range dan Long Range menggunakan seunit motor elektrik dengan pacuan roda belakang manakala Performance dilengkapi dua unit motor menjadikannya EV pacuan semua roda (AWD).

PRESTASI

Output kuasa, tork, kapasiti bateri, pecutan 0-100kmj dan jarak pemanduan mengikut Kitaran NECD setiap varian adalah seperti berikut:

Standard Range

  • Kuasa: 170kW
  • Tork: 310Nm
  • Kapasiti bateri: 64.27kW
  • Jarak gerak: 500km
  • Pecutan 0-100kmj: 6.7 saat

Long Range

  • Kuasa: 145kW
  • Tork: 310Nm
  • Kapasiti bateri: 74.48kW
  • Jarak gerak: 565km
  • Pecutan 0-100kmj: 6.5 saat

Performance

  • Kuasa: 290kW (motor depan dan belakang)
  • Tork: 620Nm
  • Kapasiti bateri: 74.48kW
  • Jarak gerak: 500km
  • Pecutan 0-100kmj: 3.7 saat

MOD PEMANDUAN

  • Ada tiga mod pemanduan untuk setiap varian iaitu Economy, Comfort dan Sport.
  • Begitu juga untuk mod stereng kuasa dengan pilihan Comfort, Standard dan Sport.
  • Kelajuan maksimum untuk semua model adalah 180kmj.

TEMPOH CAS BATERI

Tempoh mengecas bateri adalah seperti berikut:

  • Standard Range dan Long Range
    • Pengecas standard (AC): lebih kurang 12 jam untuk kapasiti 100 peratus
    • Pengecas pantas (DC): sekitar 30 minit
  • Performance
    • AC: sekitar 14 jam untuk cas penuh
    • DC: Anggaran 30 minit

Pek bateri NETA GT diselit dalam struktur casis untuk meningkatkan ketegaran badan dan meluaskan ruang kabin.

DIMENSI

  • Dimensi semua varian adalah sama iaitu panjang 4,715mm, lebar 1,979mm, tinggi 1,415mm dengan jarak roda 2,770mm serta jarak bumi mm.
  • Aspek berat ada perbezaan iaitu Standard Range dengan 1,850kg, Long Range (1,820kg) dan Performance (1,930kg).
  • Spesifikasi sistem suspensi juga sama dengan penggunaan double wishbone untuk bahagian depan dan multilink (belakang).
  • Rim aloi 19 inci dibalut tayar bersaiz 245/45.

KABIN

  • Empat tempat duduk dengan kerusi depan gayaan sport
  • Kerusi barisan depan penyelarasan elektrik
  • Ciri pengudaraan dan pemanas kerusi depan
  • Bumbung jenis panoramik
  • Skrin infotainmen 17.6 inci dengan sistem pengoperasian NETA
  • Panel meter LCD 10.25 inci
  • Sistem kemasukan tanpa kunci dan kawalan kenderaan berasakan aplikasi telefon pintar
  • Pengecas telefon wayarles 50kW, dua soket USB dan soket 12V
  • Brek parkir elektrik dan brek pegun automatik
  • Ruang kabin 297 liter boleh ditingkat kepada 606 liter (rebahkan kerusi) dan 50 liter di bawah hud.
  • Ada fungsi V2L

KESELAMATAN

NETA GT didatangkan dengan Sistem ADAS Tahap 2 yang merangkumi:

  • Amaran Perlanggaran Depan
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang
  • Amaran Keluar Lorong
  • Bantuan Tukar Lorong
  • Bantuan Kekal Lorong
  • Brek Kecemasan Automatik
  • Amaran Pintu Buka
  • Pengesanan Papan Tanda Trafik
  • Lampu Depan Adaptif
  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Bantuan Jelajah Integrasi
  • Bantuan Trafik Sesak
  • Kawalan Kestabilan Elektronik
  • Beg udara depan, sisi dan langsir
  • Sistem Brek Anti-Kunci dan Agihan Brek Elektronik
  • Bantuan Kawal Bukit
  • Bantuan Turun Bukit
  • Amaran Pemandu Mengantuk
  • Sistem pemantuan tekanan tayar
  • ISOFIX
NETA GT - 21
NETA GT - 39
NETA GT - 25
NETA GT - 17
NETA GT - 26
NETA GT - 19
NETA GT - 42
NETA GT - 41
NETA GT - 35
NETA GT - 34
NETA GT - 33
NETA GT - 40
NETA GT - 7
NETA GT - 12
NETA GT - 13
NETA GT - 2

Related

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Hozon New Energy Auto Co. Ltd. (Hozon), NETA Auto, Pameran Motor Antarabangsa Beijing 2024 (Auto China 2024)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev