HUBUNGAN Isuzu dan Arctic Truck yang melibatkan modifikasi kenderaan untuk tujuan ekstrem sudah lama terjalin. Kami sendiri kerap membawa berita mengenai D-Max AT35 yang menyerlah dengan perkakasan khas.
Kini ada satu model lebih 'ganas', iaitu Isuzu D-Max Arctic Trucks AT37 yang mewakili kerjasama monumental antara Isuzu UK dan Arctic Trucks.
Malangnya, AT37 bukan lanjutan AT35 yang ditawarkan kepada orang ramai, tetapi projek khas sempena Pameran Kenderaan Komersial (CVS) 2024 di Britain. Berikut spesifikasi Isuzu D-Max Arctic Trucks AT37:
- Rupa depan yang sudah sedia garang diserlahkan lagi dengan bar rempuh depan, tiga lampu LED, winc dan pelindung bonet.
- Tidak cukup tiga lampu, atas bumbung dipasangkan sebaris lagi lampu LED. Ada perkakasan untuk barangan lengkap dengan rak dari depan hingga kanopi belakang yang tersimpan laci ARB.
- Ruang tidur atau rehat dipasang khemah boleh buka atas kanopi. Selain sarat perkakasan kembara, AT37 juga sarat tayar 'gemuk' BFGoodrich KM3 Mud-Terrain 37 inci.
- Absorber jenis Arctic Trucks Bilstein boleh laras 10-tetapan.
- Lebih tinggi dengan tambahan 140mm berbanding D-Max biasa.
- Diferensial depan dan belakang dinaik taraf yang meningkatkan daya kilas dan pemanduan untuk tugasan menjelajah permukaan muka bumi mencabar, manakala casis turut diperkukuh.
- Tiada data kuasa enjin didedahkan, tetapi sebagai rujukan, enjin standard 1.9L turbodiesel AT35 memiliki output kuasa 161hp @ 3,600rpm dan tork 360Nm.
- Pecutan 0-100kmj mengambil masa 12.7 saat untuk model manual, dan tambahan 0.3 saat (13 saat) untuk automatik.
- Kelajuan maksimum 180kmj.
Leave a Reply