• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda City Hatchback 2024 Versi Dipertingkat Buka Tempahan

Honda City Hatchback 2024 Versi Dipertingkat Buka Tempahan

April 22, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan untuk model Honda City Hatchback versi dipertingkat (2024) di semua rangkaian pengedar rasmi jenama itu di seluruh negara.

Honda City Hatchback itu dijangka dilancarkan ke pasaran tempatan menjelang suku kedua tahun ini. Untuk makluman, City Hatchback merupakan kereta model hatchback dengan jualan tertinggi dalam kategori kenderaan bukan nasional.

APA YANG BERUBAH

  • City Hatchback versi dipertingkat menerima naik taraf imej secara menyeluruh dengan rekabentuk lebih dinamik.
  • Varian e:HEV RS pula tampil lebih agresif dari pandangan luaran dan menerima grill depan honeycomb rekaan baharu manakana grill bawah (depan) dan bampar pula menyerlahkan gaya lebih agresif. Ini termasuk kemasan lampu kabus depan.
  • e:HEV RS juga menerima bampar belakang rekaan baharu dan sil kemasan sisi yang melengkapkan imej sporty kenderaan secara menyeluruh.

  • City Hatchback e:HEV RS juga ditawarkan dengan rim aloi 16 inci Hitam Berlina yang membantu mengukuhkan imej hothatch yang jauh lebih menarik.
  • Varian RS dipacu trenkuasa 1.5L e:HEV yang menawarkan kuasa 109PS dan tork 253Nm, mendominasi tawaran dan prestasi tork dalam kelas tersendiri.
  • Varian petrol lain dipasang enjin jenis 1.5L DOHC i-VTEC dengan output kuasa 121PS dan tork 145Nm. Trenkuasa itu menjanjikan imbangan keseronokan prestasi pemanduan dan penggunaan bahan api secara efisien.
  • Aspek keselamatan turut ditingkatkan dengan adanya teknologi keselamatan termaju iaitu Honda SENSING yang hadir untuk semua varian City Hatchback baharu. Ini termasuk tambahan ciri Lead Car Departure Notification (LCDN).
  • Selain itu, varian e:HEV RS pula menerima ciri tambahan iaitu Low Speed Follow (LSF) untuk keselesaan pemanduan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: autoterkini, Honda City Hatchback, Honda Malaysia, hothatch, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev