• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Avenis 125, Burgman Street EX Lancar di Malaysia, Harga Mula RM6,980

Suzuki Avenis 125, Burgman Street EX Lancar di Malaysia, Harga Mula RM6,980

April 19, 2024 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI Malaysia secara rasmi melancarkan skuter terbaru Avenis dan Burgman Street EX untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua model dijana enjin SEP 4-lejang silinder tunggal 125cc SOHC penyejukan udara berkuasa 8.5hp @ 6,750rpm dan tork 10Nm @ 5,500rpm.

1. SUZUKI BURGMAN STREET EX - RM7,500

Suzuki Burgman Street EX menggunakan teknologi enjin lebih maju, Suzuki Eco Performance Alpha (SEP-a), dilengkapi sistem Engine Auto Stop-Start (EASS) yang berfungsi mematikan enjin secara automatik ketika berhenti. Ini termasuk sistem penghidup senyap Suzuki Silent Starter System.

Model ini diposisikan sebagai skuter kompak premium yang menawarkan gabungan elegan, gaya, keselesaan, praktikaliti dan kemudahan.

Berikut spesifikasi Suzuki Burgman Street EX:

  • Jarak roda panjang memberikan kestabilan cemerlang, mantap, posisi duduk melekap, dan pengalaman tunggangan selesa.
  • Lantai kaki dipanjangkan untuk fleksibiliti posisi kaki, manakala lantai depan membolehkan penunggang melunjurkan kaki untuk tambahan keselesaan ketika tunggangan jauh.
  • Kapasiti storan bawah pelana 21.5 liter dengan dua cangkuk helmet, dan dua cangkuk utiliti untuk barangan tambahan.
  • Ada kompartmen tertutup depan dengan port pengecas USB mudah akses.
  • Kapasiti tangki 5.5 liter, dikatakan terbaik dalam kelas.
  • Ada dua warna pilihan, iaitu:
    • Pearl Moon Stone Gray
    • Metallic Mat Black

2. SUZUKI AVENIS - RM6,980, RM7,200 (GP EDITION)

Suzuki Avenis pula direka untuk gaya hidup dinamik penunggang muda masa kini yang menggabungkan prestasi, keselesaan dan teknologi terbaik seperti skrin LCD dengan paparan intuitif dan lampu indikator eko untuk operasi cekap bahan api.

Avenis juga menyediakan penutup minyak jenis engsel yang diletakkan di pelana belakang. Ini memberikan penampilan konsep sebagai skuter aktif yang sedia gerak (on the go).

Berikut spesifikasi Suzuki Avenis:

  • Kapasiti tangki minyak 5.2 liter untuk lebih jarak perjalanan dan mengurangkan kekerapan mengisi petrol.
  • Kapasiti storan bawah pelana 21.5 liter dengan dua cangkuk helmet, dan dua cangkuk utiliti untuk barangan tambahan.
  • Ada kompartmen tertutup depan dengan port pengecas USB mudah akses.
  • Hadir dalam tiga warna pilihan:
    • Metalic Matte Fibrion Grey dengan Metallic Lush Green
    • Metalic Matte Black dengan Glass Sparkle Black
    • Metalic Sonic Silver denganTriton Blue 'GP Edition' (warna khas)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, skuter, skuter maksi, skuter Suzuki, Suzuki Avenis 125, Suzuki Burgman Street EX 2024, Suzuki Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev