• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ular Punca Kereta Api Laju Tergendala 17 Minit

Ular Punca Kereta Api Laju Tergendala 17 Minit

April 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERKHIDMATAN kereta api laju atau shinkansen, Kodama di Jepun tergendala akibat seekor ular berukuran 40sm ditemui dalam gerabak, Selasa lalu.

Kereta api yang dijadualkan menuju ke Osaka itu terpaksa diberhentikan dan mengalami kelewatan 17 minit.

Bagaimanapun, penumpang memberi kerjasama baik dan kekal tenang sebelum dipindahkan ke kereta api lain untuk melanjutkan perjalanan.

Jurucakap Central Japan Railway Company (CJRC) berkata, pihaknya tidak pasti sama ada reptilia itu berbisa atau tidak dan bagaimana haiwan liar tersebut boleh berada dalam kereta api berkenaan.

Sukar untuk bayangkan bagaimana ular liar boleh memanjat masuk gerabak.

"Kami ada peraturan tidak membawa masuk ular ke dalam shinkansen, tetapi tidaklah memeriksa bagasi penumpang."

Pengguna Kodama dibenarkan membawa haiwan kecil seperti anjing, kucing dan merpati , tetapi bukan ular.

Menurut CJRC, jaringan kereta api laju Jepun tidak pernah mengalami kemalangan melibatkan kematian atau kecederaan. Kereta api di Negara Matahari terbit itu boleh bergerak sepantas 285kmj dengan purata perkhidmatan tergendala cuma 0.2 minit.

SUMBER: JapanTimes

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kereta Api Laju Lewat, Kodama, Shinkansen, Ular Dalam Kereta Api

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my