• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / RHB Lancar EVlution, Sasar Sedia 2,000 Stesen Cas Menjelang 2025

RHB Lancar EVlution, Sasar Sedia 2,000 Stesen Cas Menjelang 2025

April 16, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter

KUMPULAN Perbankan RHB (RHB), EVlution Sdn Bhd (EVlution) dan Mastercard mengambil inisitiatif ke arah mengurangkan karbon dengan melancarkan Stesen Pengecas EVlution di Pusat RHB, Kuala Lumpur.

Ini bertujuan meningkatkan kesedaran ekologi, menggalakkan perubahan positif dan memperbanyak gaya hidup lestari.

Majlis perasmian Stesen Pengecas EVlution dirasmikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Perasmian itu menandakan permulaan inisiatif EVlution untuk menyediakan 2,000 unit stesen pengecas EV seluruh negara menjelang 2025.

Kerajaan menyokong semua inisiatif yang melengkapkan pembangunan ekosistem kenderaan hijau selaras dengan Blueprint Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EVlution, Dr Jeffrey Ong berkata, misi EVlution adalah memberi sumbangan besar kepada landskap automotif Malaysia dengan menyediakan penyelesaian pengecas EV boleh diakses, dipercayai dan lestari.

Kami menetapkan sasaran memasang 100 stesen pengecas EV pada pertengahan pertama 2024 sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor," katanya.

Sehingga kini, EVLution menjadi satu-satunya operator pusat pengecas (CPO) di Malaysia yang menyediakan sistem pembayaran menggunakan aplikasi dan kad fizikal.

Dengan kerjasama strategik RHB dan Mastercard, EVlution memperkenalkan platform pembayaran terkini yang memudahkan transaksi tanpa kesan dan memajukan penyelesaian mobiliti lestari.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthonyn Loke Siew Fook, Auto Terkini, EVlution, Mastercard, RHB Bank, Stesen Pengecas EVlution

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my