SEBUAH kenderaan polis jenama Proton Preve hampir saja terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan di depan berhenti mengejut.
Insiden itu dirakam dan tular selepas dikongsikan dalam Tiktok rasmi @utusantvoffical, Khamis lalu.
Menerusi ruangan komen, ramai memuji teknik pemanduan polis tersebut kerana kecekapannya mengelak dan mengawal kenderaan daripada melanggar belakang kereta di depan.
Ada juga netizen menyalahkan pemandu Preve itu kerana tidak mengikut jarak pemanduan selamat, termasuk mengesyaki memandu melebihi had laju, dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Punca insiden dikatakan disebabkan pemandu Perodua Myvi di depan yang mahu membelok ke kanan, tetapi berada atas laluan garis jalan berkembar.
@utusantvofficial 12 APR 24: Selamat Hari Raya 😁. 📽 milik hafizbinharun. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #preve #pdrm ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM - De Fam
SUMBER: UtusanTV
Leave a Reply