• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rai Jualan Hari Lahir Volvo pada 26-28 April Ini, Nikmati Rebat Tunai Hingga RM15,000!

Rai Jualan Hari Lahir Volvo pada 26-28 April Ini, Nikmati Rebat Tunai Hingga RM15,000!

April 17, 2024 By Han Othman Leave a Comment

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEDAR tidak sedar sudah 97 tahun Volvo berada atas jalan raya dunia. Hampir seabad!

Sempena meraikan ulang tahun penuh makna itu, Volvo Car Malaysia (VCM) mengambil inisiatif  mengadakan acara Jualan Hari Lahir Volvo (Volvo Birthday Sale) bagi meraikan ulang tahun jenama itu

Tawaran menarik itu hanya diberikan kepada pelanggan yang mengunjungi acara berkenaan di Sentul Depot, atau di mana-mana pengedar Volvo seluruh Malaysia.

  • Tarikh: 26 April (Jumaat) - 28 April 2024 (Ahad)
  • Masa: 10 pagi - 6 petang
  • Lokasi: Sentul Depot (Lembah Klang) atau pengedar Volvo seluruh Malaysia

Volvo bercita-cita menawarkan kenderaan elektrik (EV) penuh pada masa depan dengan menggalakkan pelanggannya mengorak langkah ke arah mobiliti peribadi lestari.

Justeru Volvo mengambil inisiatif menawarkan tawaran menarik seperti model EV penuh Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric.

Tawaran April ini melibatkan rebat tunai hingga RM15,000 untuk kedua-dua model EV penuh itu.

Semua orang dijemput ke acara dianjurkankan dan pengunjung juga berpeluang menikmati diskaun lanjutan di Volvo SELEKT untuk model terpakai dan semua barisan model elektrifikasi serta hibrid plug-in (PHEV).

Untuk menikmati rebat tunai berkenaan, pastikan anda mendaftarkan diri acara Hari Lagir Volvo di SINI!

ADA CENDERAHATI, HADIAH ISTIMEWA DARIPADA VOLVO!

Sempena meraikan hari kelahiran ini juga, 97 tempahan pertama yang dibuat sepanjang tiga hari acara tersebut akan mendapat cenderahati dan hadiah daripada VCM, termasuk hadiah rahsia daripada Volvo.

Bukan itu saja, pelanggan yang melengkapkan pembelian mereka ketika Jualan Ulang Tahun Volvo turut berpeluangmemenangi hadiah utama iaitu percutian bernilai RM50,000 untuk dua orang ke Gothenburg, Sweden selain melawat World of Volvo serba baharu.

VCM turut memperkenalkan Volvo C40 Recharge Pure Electric edisi 2024.

Menariknya model C40 edisi 2024 kali ini mendapat naik taraf bateri dan pengecasan, jarak pemanduan ditambah baik, trenkuasa diperbaharui dan teknologi lampu utama piksel diperkenal.

Inilah peluang anda memandu pulang kenderaan baharu Volvo ke rumah dan menikmati tempoh sebelum pengenalan Cukai Barangan Bernilai Tinggi (HVGT) diperkenalkan pada 1 Mei nanti.

Apa lagi, cepat daftar pendaftaran anda di SINI!

Related

504
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Volvo, Volvo C40 Recharge Pure Electric, VOLVO Car Malaysia (VCM), Volvo XC40 Recharge Pure Electric

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev