• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sebuah Lamborghini Revuelto Ad Personam Siap!

Sebuah Lamborghini Revuelto Ad Personam Siap!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SEDIAKAN sahaja wang jika berkenan dengan Revuelto, kereta hibrid Lamborghini yang dilancar di pasaran tempatan pada September 2023.

Pelancarannya tidak terlalu lambat selepas diperkenal secara rasmi pada Mac 2023 bagi menggantikan Aventador.

Revuelto bukan sekadar hibrid dan dipanggil HPEV atau High Performance Electrified Vehicle.

Wang yang disediakan perlu ditambah memandangkan Lamborghini mempunyai program Ad Personam untuk pelanggan yang mahukan Revuelto mereka berbeza daripada lain.

Contoh boleh dilihat pada sebuah Revuelto warna Grigio Hati (kelabu) yang disiapkan melalui program Ad Personam dan diperkenal pada acara Lamborghini Arena di Litar Imola.

Selain kelabu, kereta dihiasi riasan Verde Scandal (hijau) pada sisi bawah kereta, perumah cermin sisi, bumbug dan difuser belakang.

Turut menyerlah kaliper hijau di sebalik rim aloi 21 inci depan dan 22 inci belakang warna hitam Altanero. Tukup depan dihiasi jaluran lumba Nero Noctis (hitam).

Bumbung, cofango (tukup enjin) belakang, spoiler, liang udara, skirt sisi dan beberapa perkakasan lain menyerlah dengan gentian karbon terdedah kilatan tinggi.

Bahagian dalam mengulangi tema luar dengan kerusi warna Nero Ade (hitam) dan riasan Verde Scandal selain sulaman logo Lamborghini dalam warna sama.

Turut menghiasi dan sebagai tanda istimewa, sulaman peta Litar Imola pada dinding sekat (bulkhead) dan logo Ad Personam pada bucu papan pemuka.

Melakar sejarah sebagai model hibrid, enjin 6.5 liter V12 naturally-aspirated digabung bersama tiga motor elektrik atau dua di depan dan satu di belakang dan kotak gear jenis automatik dua cekam lapan kelajuan.

Enjin menghasilkan 825 ps pada 9,250 rpm dan tork 725Nm pada 6,750 rpm. Kelajuan maksimum lebih 350 kilometer sejam (kmj) dan pecutan dari 0 sehingga 100 kmj hanya perlu 2.5 saat.

Ciri-ciri Lamborghini Revuelto:

  • Enjin 6,498.5 cm³.
  • 825 ps@9,250 rpm/725Nm@6,750 rpm.
  • Kuasa gabungan enjin dan elektrik 1,015 ps.
  • Kotak gear automatik cekam berkembar lapan kelajuan.
  • Enjin membekalkan kuasa kepada roda belakang.
  • Berat kering 1,772 kg.
  • Pembahagian berat 44/56 (%),
  • Kelajuan maksimum lebih 350 kmj.
  • Pecutan 0 - 100 kmj 2.5 saat, 0 - 200 km/ bawah 7 saat.

Sistem hibrid

  • Bateri litium-ion 3.8kWj di dalam terowong tengah.
  • Tempoh pengecasan penuh 30 minit (kuasa 7 kW).
  • Pengecasan penuh juga dibekalkan sistem regeneratif brek depan atau dari enjin dalam masa 6 minit.
  • Dua motor elektrik depan 220kW@3,500 rpm / (110kW/350Nm setiap unit).
  • Motor elektrik depan membekal kuasa pada roda depan dan mempunyai fungsi torque vectoring.
  • Satu motor elektrik belakang P2-P3 110kW@10,000 rpm / 150Nm.
  • Motor elektrik belakang ditempatkan di atas kotak gear dan boleh membekalkan kuasa kepada roda belakang bergantung kepada mod pemanduan dan keadaan.
  • Motor elektrik belakang berfungsi sebagai motor penghidup dan generator dan membekalkan tenaga kepada motor elektrik depan melalui bateri di dalam terowong tengah.
  • Di dalam mod elektrik, kereta hanya dipacu roda depan.
  • Gear undur dibekalkan dua motor elektrik depan dan jika diperlukan motor belakang akan sama berfungsi dan menjadikan Revuelto sebuah kereta pacuan empat roda bebas emisi walaupun ketika mengundur.
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.01
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.02
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.03
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.04
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.05
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.06
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.07
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.08
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.09
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.10
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.11
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.12
Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena 2024.13

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Lamborghini, Lamborghini Ad Personam, Lamborghini Revuelto, Lamborghini Revuelto Ad Personam - Arena

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev