HONDA Wave 125i baru sahaja dilancarkan dengan menampilkan rekaan lebih menarik dan ranggi.
Hadir dalam dua varian iaitu Brek Cakera Tunggal dan Dwi Brek Cakera, ia dijual pada harga serendah RM6,263.54.
HARGA
- Honda Wave 125i Brek Cakera Tunggal - RM6,263.54
- Honda Wave 125i Dwi Brek Cakera - RM6,549.74
* Termasuk GST tanpa insurans dan cukai jalan
3 WARNA PILIHAN
- Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red)
- Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue)
- Kelabu Metalik (Sword Silver Metallic)
JAMINAN
Honda Wave 125i didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km bersama warranti tambahan satu tahun atau 10,000km untuk enjin (yang mana dahulu).
BACA >>> Honda Wave Dash Fi Facelift (2017) - Enjin Lebih Berkuasa & Jimat Minyak
ENJIN 125CC
Honda Wave 125i dilengkapi enjin 124.9cc penyejuk udara dengan Suntikan Bahan Api Terancang (Programmed Fuel Injection – PGM-Fi) untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.
Dengan kapasiti tangki sebesar 5.4L, ia hanya memerlukan pengisian semula bahan api selepas hampir 300KM perjalanan.
Gabungan teknologi PGM-Fi dan muatan tangki minyak yang besar ini menjadikan masa perjalanan menjadi lebih singkat tanpa pengisian minyak yang kerap dan tidak hairanlah apabila Honda Wave 125i turut diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
BACA >>> Jika Beginilah Rupa Honda RS150R, Mesti 'Laku Keras'
BACA >>> Ini Bukan Cubaan, Honda RS150R Versi HRC Memang Ada Jual Di Malaysia
SELESA DITUNGGANG
Honda Wave 125i juga didatangkan dengan tempat duduk yang besar untuk menjamin keselesaan penunggang semasa perjalanan jauh.
Di samping itu, panel meter premium menawarkan panduan gaya terkini dengan susun atur strategik dan pencahayaan yang cerah memudahkan pembacaan biarpun pada waktu siang atau malam.
Untuk keselamatan penunggang, tahap keterlihatan penunggang dibantu lampu belakang moden yang menawarkan pencahayaan terang.
Selain itu, Honda Wave 125i ialah satu-satunya kapcai dalam pasaran Malaysia dibina dengan kebuk-U 18L yang membolehkan penunggang menyimpan topi keledar penuh atau barang peribadi mereka sewaktu perjalanan jauh.
*Berdasarkan keputusan ujian mod ECE R40
nor julaydie says
honda wave 125i memang best, vroommmm
Faiz says
Memang best dari segi keperluan dan keselesaan design dia pun boleh tahan jimat minyak
jon says
apa beza dgn honda future
oolat says
Selain dari mekap sikit sana & sini, takda beza langsungggg. Moto kapcai Honda di Malaysia agak mengelirukan... dua enjin (110 & 125cc - RS150 lain cerita la) tapi ada bermacam model dan harga. Jadi, Boon Siew menjenamakan Future sebagai Wave 125i dan menghentikan terus jenama "Future".
Cik Alm says
Kalaulah model Honda Wave 125i tukar enjin RS150 ...Tak pening dah saya nk pilih moto apa nk pilih..
Kana Anak Museng says
saya baru beli wave 125i 2019 pada awal bulan februari lepas. Semasa saya beli jarum meter minyak berada di paras merah yg bawah. Sampai d shell saya pam penuh baru rm 8 bersamaan dgn 3.8 leter saja. Saya tertanya-tanya kalau tangki minyak 5.4 leter isi penuh dlm rm11.00. Betulkah kapasiti tangki minyak 5.4 leter? Sekarang baru 135 km saya sudah isi tangki semula.