• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ini Bukan Lobi Hotel Mewah Tetapi Pusat Teknikal Toyota Shimoyama Baharu, Tempatkan R&D, 650 Hektar, Lebih RM9.3B!

Ini Bukan Lobi Hotel Mewah Tetapi Pusat Teknikal Toyota Shimoyama Baharu, Tempatkan R&D, 650 Hektar, Lebih RM9.3B!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

TOYOTA Motor Corporation mengumumkan operasi penuh kemudahan penyelidikan dan pembangunan (P&P), Pusat Teknikal Toyota Shimoyama telah bermula 25 Mac.

Kemudahan itu akan memacu pembangunan kenderaan untuk Toyota menghasilkan kenderaan lebih baik (ever better cars).

Pusat itu menjadi lokasi di mana jalan menyempurnakan kereta dan individu yang menghasilkannya dengan membolehkan kereta diuji secara mendalam di laluan dengan ketinggian berbeza dan selekoh yang memanfaatkan muka bumi Shimoyama.

Pembinaan dimulakan pada April 2018 selepas kerja-kerja pembangunan tapak. Bahagian tengah kawasan yang menempatkan litar ujian luar bandar memulakan operasi pada April 2019.

Bahagian timur dengan litar ujian kelajuan tinggi dan litar ujian khusus yang dibuat seperti keadaan jalan tertentu di serata dunia dibuka pada Oktober 2021. Maknanya Toyota 'mengimport' jalan luar negara ke Jepun!

Pembangunan model baharu telah dilakukan di pusat itu sebagai contoh Lexus IS yang diperkenal pada 2020.

Bahagian barat menempatkan bangunan pembangunan kenderaan dan pusat pelawat telah siap dan kini mula beroperasi secara penuh.

Keseluruhan tapak seluas 650.8 hektar dengan jumlah pelaburan sekitar 300 bilion yen (RM9.39 bilion).

Bangunan pembangunan kenderaan berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pembangunan untuk syarikat Lexus dan GR.

Mengambil gaya dan 'feel' Nürburgring, kakitangan pelbagai jabatan dari bahagian perancangan dan rekabentuk, pembangunan dan kejuteraan, prototaip dan penilaian akan berkumpul di satu tempat.

Mereka akan membangunkan kereta secara bersama dan mencari isu dengan memandu di litar ujian dan membuat penambahbaikan.

Perkakasan digital canggih akan digunakan untuk pembangunan yang pantas melalui gabungan pengeluaran kereta dunia secara nyata dan teknologi digital.

Bangunan pelawat menjadi lokasi penghasilan bersama di antara rakan perniagaan dan pembekal.

Bangunan itu akan berfungsi dengan persekitaran terbuka untuk inovasi dan menggalakkan idea baharu melalui interaksi yang rapat dengan kereta dan hanya boleh dilakukan di sebuah pusat pembangunan.

Alam sekitar dijadikan pertimbangan penting dalam pembinaan pusat baharu ini. Sekitar 60 peratus daripada tapak keseluruhan terdiri daripada pokok dan kehijauan yang dikekalkan selain kawasan hijau baharu.

Pada Mac 2023, Pusat Pembangunan Alam Sekitar di kawasan timur berjaya disiapkan. Pusat itu digunakan sebagai tempat untuk berinteraksi dengan komuniti setempat bagi penjagaan alam sekitar.

Toyota juga berhasrat untuk terus bekerjasama dengan pakar, kerajaan tempatan dan ahli masyarakat tempatan di dalam aspek penjagaan alam sekitar.

Pusat Teknikal Toyota Shimoyama:

Kawasan

  • Luas keseluruhan: 650.8 hektar (6.508 km).
  • Luas kemudahan: 159.2 hektar (24%).
  • Jalan: 7.1 hektar (1%).
  • Empangan, dll: 16.2 hektar (3%).
  • Pokok dan kehijauan yang dikekalkan: 386.5 hektar (59%).
  • Kawasan hijau yang dibangunkan: 81.8 hektar (13%).

Penempatan

  • Bahagian tengah: Litar ujian luar bandar.
  • Bahagian timur: Litar ujian kelajuan tinggi, litar khas.
  • Bahagian barat: Bangunan pembangunan kenderaan, bangunan pelawat.

Pelaburan

  • Kira-kira 300 bilion yen (RM9.39 bilion)

Pekerja

  • Kira-kira 3,000 orang (operasi penuh pada Mac 2024.
Pusat Teknikal Toyota Shimoyama 2024.06
Pusat Teknikal Toyota Shimoyama 2024.05
Pusat Teknikal Toyota Shimoyama 2024.03
Pusat Teknikal Toyota Shimoyama 2024.04
Pusat Teknikal Toyota Shimoyama 2024.02
Pusat Teknikal Toyota Shimoyama 2024.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Pusat Teknikal Toyota Shimoyama, Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev