• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lepas Ambil Balik Jenama Peugeot, Ini Pelan Stellantis untuk Pasaran Malaysia

Lepas Ambil Balik Jenama Peugeot, Ini Pelan Stellantis untuk Pasaran Malaysia

April 5, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


STELLANTIS Malaysia memberi sedikit bayangan tentang apa rancangan mereka selepas bergelar pemilik penuh kilang Naza di Gurun dan mengambil alih semula jenama Peugeot dari Bermaz Auto.

Taklimat perancangan itu disampaikan Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais semasa satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di ibu negara minggu ini. Ada empat fokus utama digariskan iaitu pelanggan, pengedar dan jenama.

PELANGGAN

Stellantis mahu mengembalikan jenama itu semula ke pasaran Malaysia dengan tumpuan kepada pelanggan. Ini kerana Stellantis berpendapat, tidak banyak usaha diberikan terhadap aspek pengalaman pelanggan (sebelum ini).

Jamie berkata:

Kami mahu lakukannya dengan lebih baik. Stellantis ada di sini untuk memastikan pelanggan benar-benar menerima yang terbaik dari kami dan jenama. Kami akan mengusahakan beberapa perkara dalam masa terdekat.

"Salah satu usaha diumumkan sebelum ini ialah pusat panggilan. Semasa kami bermula beroperasi pada 1 Mac lalu, kami juga melancarkan Pusat Panggilan Stellantis pada hari sama yang membantu pelanggan 24 jam 7 hari seminggu."

Perhatian juga diberikan terhadap usaha 'menarik kembali' pelanggan terdahulu kerana ada segelintir pengguna beranggapan Peugeot tidak lagi wujud di Malaysia selepas zaman Naza. Selain itu, Stellantis Malaysia juga mahu mengekalkan pelanggan sedia ada.

Secara kasarnya, ada kira-kira 20,000 pengguna dan pemilik kenderaan jenama Peugeot di Malaysia dan Stellantis menyatakan mereka mahu menjaga golongan ini.

Jamie menyatakan pihaknya ada bertemu dengan beberapa kelab kereta dan mempelawa mereka ke Gurun, Kedah termasuk memandu uji model terbaharu Peugeot 408.

PENGEDAR

  • Stellantis juga mahu memastikan golongan pengedar sedia ada yang menjaga pelanggan dan jenama akan menerima ganjaran masing-masing kelak.
  • Firma itu merancang untuk menambah lebih banyak rangkaian pengedar dan pusat servis di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
  • Lokasi baharu itu menyaksikan Stellantis Malaysia turut memenuhi keperluan pengguna di kawasan Pantai Timur dan juga Sarawak.

JENAMA

  • Jamie mengakui perlu ada usaha dibuat untuk 'menghidupkan' semula jenama kenderaan termasuk Peugeot. Ia hanya boleh dibuat dengan mengembalikan kepercayataan terhadap jenama.
  • Stellantis juga akan menjalankan promosi menarik pelanggan melalui saluran pemasaran digital dan tradisional.
  • Usaha membangunkan jenama juga akan melibatkan kerjasama dengan pihak institusti kewangan, insurans dan B2B.
  • Stellantis Malaysia juga ada rancangan memperkenalkan dan mengembalikan beberapa jenama kenderaan ke Malaysia termasuk Jeep.
  • Malah kilang di Gurun akan terlibat dalam aktiviti eksport kenderaan ke negara luar.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jamie Francis Morais, Peugeot, Roda4, Stellantis Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev