• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 382 Pegawai, Anggota JPJ Selangor Terlibat Ops Khas Aidilfitri

382 Pegawai, Anggota JPJ Selangor Terlibat Ops Khas Aidilfitri

April 4, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor terlibat dalam operasi khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 April hingga 20 April.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan menegaskan bahawa operasi khas ini bertujuan memastikan aliran trafik pengguna jalan raya, termasuk operasi perkhidmatan pengangkutan awam lancar.

Penguatkuasaan tegas akan dijalankan bagi sembilan kesalahan utama antaranya memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan dan memandu di lorong kecemasan.

Selain kereta dan pengangkutan awam seperti bas, JPJ Selangor turut memeriksa 497 motosikal dan hasil pemeriksaan pula merekodkan 340 saman, 7 notis larangan penggunaan kenderaan, 8 notis arahan pemeriksaan kenderaan, dan 40 motosikal disita.

Antara kesalahan bagi saman dikeluarkan adalah seperti:

  • Tiada lesen memandu
  • Lesen memandu tamat tempoh
  • Lesen Kenderaan Motor  (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh
  • Tiada insurans kenderaan

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JPJ Selangor, Ops Khas Hari Raya Aidilfitri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev